suria

Jihan Mahu Lebih Perhatian

Ungku beri perhatian lebih pada isteri dan bayi didalam kandungan.

SUAMI kepada pengacara dan pelawak Jihan Muse iaitu Ungku Hariz mendedahkan mengenai perangai isterinya sepanjang tempoh kehamilan.

Ungku atau nama sebenarnya Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Fadli, 32, berkata dia perlu memberi perhatian lebih kepada Jihan dan bayi dalam kandungan isterinya itu.

"Apa yang saya nampak perubahan Jihan sedang hamil ini, dia mahukan lebih perhatian.

"Kita kena bagi perhatian lebih pada dia dan juga bayi dalam kandungan. Bagi saya, ia bukan sesuatu yang tidak elok.

"Sebab boleh dikatakan semua wanita yang sedang hamil memang seperti itu. Saya kena jaga dia dan bayi kami yang bakal lahir," kata Ungku kepada mStar Online.


Jihan bakal bersalin awal bulan Januari tahun depan.

Kandungan Jihan kini sudah memasuki 33 minggu dan dijangka akan bersalin pada awal bulan Januari 2018.

Ungku dan Jihan ditemui ketika sidang media blog video (vlog) bersiri, Hi Mommy Jihan! di Restauran Sanggul, Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

Pasangan ini secara eksklusif memaparkan kehidupan harian mereka sepanjang tempoh kehamilan sehingga bersalin menerusi rakaman yang dilakukan sendiri.

Menurut Ungku, mereka sudah lama berhasrat untuk untuk membuat blog video aktiviti harian mereka.

"Kami dah lama berhasrat nak buat blog video sendiri tapi tak jadi. Sebab itu kami terima tawaran untuk lakukan program itu.

Jihan dan Ungku berkongsi aktiviti harian menerusi vlog terbaru mereka.

"Menerusi program itu, kami berkongsi aktiviti harian sepanjang Jihan hamil sehingga tempoh berpantang," ujarnya.

Hi Mommy Jihan! yang berkonsepkan vlog ini dizahirkan sebanyak 30 episod dan berdurasi selama 5 hingga 10 minit bagi setiap siaran.

Rakaman vlog yang dibuat sendiri oleh Jihan dan Ungku Hariz tanpa sebarang skrip ini bermula sejak kandungan Jihan berusia 31 minggu sehingga selepas Jihan bersalin.

Sebanyak dua episod akan disiarkan pada setiap minggu, hari Khamis dan Jumaat bermula 7 Disember lalu.

Program ini akan disiarkan di YouTube MeleTOP terlebih dahulu diikuti dengan siaran di televisyen menerusi Astro Ria dan Ria HD.

Ungku Hariz, Jihan Muse

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain