Kecoh Fattah Enggan Muncul Dalam ‘Meletop’ Dihoskan Neelofa - Hiburan | mStar

Kecoh Fattah Enggan Muncul Dalam ‘Meletop’ Dihoskan Neelofa

Seorang jurugambar iaitu Aqoimran sempat merakamkan gambar Fattah bersama pihak produksi ketika di belakang pentas program siaran langsung Meletop.

DIKEMAS KINI

NAMA pelakon Fattah Amin sekali lagi menjadi bualan hangat pada malam Selasa apabila dia dikatakan enggan muncul dalam program Meletop yang dihoskan bekas kekasihnya, Neelofa dan pengacara Nabil Ahmad.

Pihak produksi yang telah membuat pengumuman awal akan kemunculan Fattah dalam rancangan itu bagaimanapun melakukan permohonan maaf ketika rancangan berkenaan sedang keudara dengan alasan Fattah tidak dapat hadir.

“Kami ingin memohon maaf. Fattah Amin tidak dapat hadir malam ni, disebabkan urusan di luar jangkaan yang tak dapat dielakkan. Tapi jangan risau, nanti kami jemput Fattah Amin & isteri datang sini lagi. Hehe,” kata kenyataan itu menerusi Instagram rasmi program berkenaan.

Neelofa Hilang Apabila Fattah & Fazura Muncul

Suasana di belakang pentas ketika pihak produksi berbincang dengan Fattah Amin akan kemunculannya sambil diperhatikan Fahrin Ahmad. Foto:Aqoimran.

Dalam pada itu pengurus Neelofa pula dalam laman ‘Instastory’ miliknya berkongsi tulisan berbaur sindiran apabila menganggap seseorang itu tidak profesional apabila sudah tiba namun terus pulang.

Tanpa menyebut siapakah individu itu namun ia dipercayai mempunyai kaitan dengan situasi berkenaan.

Insiden itu menyebabkan ramai peminat menghentam Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 27, yang dikatakan bersikap tidak profesional apabila enggan bertemu dengan Neelofa.

“Fattah sangat tidak profesional. Dia seorang yang penakut. Patutlah tak ada jodoh dengan Lofa. Tak tahan la tu nak hadap muka Lofa.

“Memang dia tak move on dan tak profesional langsung. Buat tambah fitnah dekat Lofa saja. Sekarang semua boleh lihat, siapa yang tak profesional.

“Sebenarnya Fattah yang takut nak jumpa Neelofa,” komen beberapa orang netizen di laman Instagram Meletop.

Rancangan itu disiarkan secara langsung pada setiap Selasa, pukul 9 malam.

Neelofa

Fattah dikatakan sudah bersiap sedia berada di belakang pentas untuk muncul dalam program tersebut namun menarik diri pada saat-saat akhir.

Situasi berkenaan berjaya dirakamkan peminat yang berada dalam studio untuk menyaksikan siaran itu.

Dalam pada itu Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad ketika dihubungi mStar Online memberi komen ringkas dengan berkata, Fattah sememangnya sudah muncul di belakang pentas namun dia ada hal kecemasan dan perlu bergegas pulang.

Terdahulu Fattah pernah dikecam tidak hadir ke program itu pada Mei lalu.

Namun dia memberi alasan tidak menerima sebarang arahan untuk menjadi tetamu pada malam berkenaan.

Pada bulan Jun lalu, Neelofa pula dikecam netizen yang menganggap dia tidak profesional untuk bertentang mata dengan tetamu episod itu, Fattah Amin dan Fazura apabila mengambil pendekatan tidak menjadi pengacara pada malam berkenaan.

Fattah , Neelofa

Artikel Sebelum

Penyampai Suria FM Bakal Menari

Artikel Berikut

‘Baby Boy’ Dalam Kandungan Jihan Muse

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain