suria

‘Baby Boy’ Dalam Kandungan Jihan Muse

Jihan bersama suami tersayang, Ungku Hariz. FOTO: Nur Ayikin Mayudin

KUALA LUMPUR: Akhirnya teka-teka apakah jantina bayi sulung pengacara Jihan Muse dan Ungku Hariz terjawab apabila mereka disahkan bakal menimang anak lelaki.

Perkara itu diumumkan oleh Konsultan Perbidanan dan Sakit Puan (O&G) Dr. Norleen Mohd Salleh secara langsung menerusi aplikasi ‘facetime’ bersama selebriti berkenaan.

"Tiga hari lalu saya dah lihat gambar imbasan yang menampakkan seperti turtle"

“Alhamdulillah, secara rasmi Jihan dan Ungku bakal menimang bayi lelaki,” kata Norleen.

Dalam pada itu Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa, 34, berkata dia dijangka bakal bersalin pada awal Januari 2018 namun ada kemungkinan bayinya lahir awal dari tarikh jangkaan.

Jihan dijangka bersalin pada Januari 2018.

Tambah Jihan lagi, pada awalnya dia tidak mahu mengetahui jantina bayinya kerana sukakan kejutan.

“Insya-Allah saya dijangka bersalin pada awal Januari tapi takut bersalin awal pula. Sebab perut saya sudah besar.

“Pada awalnya saya tak nak tahu apa jantina bayi kami sebab tak nak kecewa. Bila dah tahu lelaki kang tiba-tiba keluar perempuan.

“Lagipun, saya suka kejutan. Tapi bila nak buat persiapan dan beli barang, hujung-hujung ni kenalah tahu juga,” kata Jihan.

Jihan dan Ungku ditemui ketika sidang media program Hi Mommy Jihan! dan majlis baby shower di Sanggul Restauran, Kuala Lumpur pada Selasa.

Majlis yang bertema ‘bohemian’ juga turut dihadiri rakan artis antaranya, Nad Zainal, Fara Fauzana, isteri kepada Nabil, Zira dan Mark Adam.

Jihan dan Ungku Hariz Faizal, 32, berkahwin pada bulan Mac tahun lalu dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di Laman Kayangan, Shah Alam.

Jihan Muse, Ungku Hariz

Artikel Berikut

Artikel Lain