suria

Fathia Sedih, Rasa 'Kena Game'

Fathia meluahkan rasa sedih menerusi Instastory secara langsung. Foto Instagram: @fatiyalatiff.

PELAKON Fathia Latiff berasa dipermainkan apabila mendakwa wataknya sebagai tetamu di sebuah program bual bicara digantikan dengan pelakon lain iaitu Siti Elizad.

Fathia berkata, biarpun terlewat dari masa yang ditetapkan produksi, namun dia sudah berada dalam keadaan bersedia dengan pakaian yang sepatutnya.

"Memang salah saya tapi bila dah sampai mereka suruh saya tukar baju kurung. Sepatutnya saya dapat watak Elizad itu.

"Tiba-tiba mereka batalkan tapi tak apa. Saya tak ada masalah dengan itu. Tapi sedihlah sebab mereka bagi alasan.

"Saya sampai pukul 8 malam dah siap tukar baju kurung dan tudung labuh. Kemudian suruh tukar balik baju arab. Rasa dipermainkan. Tapi tak apa, semoga Allah merahmati anda," kata Fathia.

Fathia meluahkan perasaannya berhubung isu itu menerusi Instagram secara langsung pada malam Jumaat.

Luahan Fathia di Instagram secara langsung. 

Bagaimanapun pelakon drama Menanti Februari ini telah memadam video berkenaan selepas beberapa jam dimuat naik.

Berdasarkan artikel gosip di sebuah portal hiburan, Fathia dilaporkan tidak muncul pada waktu yang dijadualkan pihak produksi program tersebut.

Menurut artikel tersebut, Fathia sepatutnya perlu berada di set program berkenaan pada pukul 3 petang namun dia muncul selepas pukul 8 malam.

Menurut salah seorang kru yang terlibat, produksi bernasib baik kerana Siti Elizad setuju untuk bekerjasama dan menjadi bidan terjun walaupun diberitahu pada saat akhir.

Dalam pada itu, Fathia, dalam video yang sama turut memberitahu bahawa dia ingin menyampaikan satu mesej untuk rakyat Malaysia mengenai isu yang sedang diperkatakan.

Namun, belum sempat mesej itu disampaikan, pelakon wanita tersebut menerima arahan untuk tunggu di belakang pentas sebelum pihak produksi membatalkan kemunculannya.

"Mereka hanya minta saya tunggu segmen 5. Saya tanya mana fon telinga tapi mereka suruh tunggu.

"Saya duduk dekat belakang dan tunggu saja sebab ada mesej nak sampaikan untuk orang ramai. Ia satu mesej yang bagus untuk rakyat Malaysia.

"Tapi tiba-tiba mereka batalkan tanpa beritahu awal," ujarnya lagi.

Sebelum ini nama Fathia juga pernah dikaitkan dengan beberapa kontroversi di laman sosial.

Fathia Latiff

Artikel Sebelum

Baby Shima Beri Amaran!

Artikel Berikut

Artikel Lain