suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Izara Aishah Persis Bintang Bollywood

Solekan dan busana malam berinai Izara Aishah mendapat perhatian di laman sosial. Foto Instagram: @shanellharun.

PELAKON Izara Aishah dan tunangnya, Adib Khalid bakal melangsungkan pernikahan mereka pada Jumaat.

Namun apa yang menarik perhatian pada malam berinai yang berlangsung di Damansara pada Khamis.

Menerusi foto yang dimuat naik jurusolek, Syed Faizal Syed Noh dan pereka fesyen Shanell Harun, mereka mencantikkan bakal pengantin itu dengan konsep Bollywood.

Foto yang dikongsikan mereka menjadi tular di laman sosial dan rata-rata netizen memuji kecantikkan Izara yang dilihat seperti pelakon Hindi.

Busana yang direka oleh Shanell Harun untuk malam berinai Izara. Foto Instagram: @shanellharun.

"Omg (Oh My God) serius baju dan solekan look macam Padmavati @ Deepika Padukone sangat," komen @amirasuraya90.

"Cantiknya... Macam Amisha Patel," tulis aishahngatimin.

Malah, ada juga yang mengatakan hasil solekan Syed Faizal membuatkan Izara seperti anak patung hidup yang cantik.

"Dah macam anak patung bergerak," kata pemilik akaun bernama @dieyaamolek.

"She's really look like doll (dia sangat kelihatan macam patung) Lawa sangat. Solekan Syed adalah yang terbaik," komen @hayya_thebeautyhacks.

Manakala, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza juga turut berkongsi beberapa keping foto pada malam tersebut.

Pasangan tersebut mengikat tali pertunangan pada 7 Julai lalu selepas tiga tahun menyulam cinta.

Bagaimanapun, difahamkan majlis akad nikah yang akan berlangsung pada hari ini diadakan secara tertutup.

Majlis resepsi pula akan disertai keluarga dan rakan terdekat kedua-dua belah pihak sahaja yang akan diadakan di Kuala Lumpur.

Siti turut berkongsi foto malam berinai anak tirinya dan Izara. Foto Instagram: @ctdk.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain