‘Apa Itu Cinta’ Dapat Sambutan Luar Biasa - Hiburan | mStar

‘Apa Itu Cinta’ Dapat Sambutan Luar Biasa

Segmen 'Apa Itu Cinta' antara DJ Lin dan bersama Hafiz Hamidun antara mendapat tontonan tinggi.

PETALING JAYA: Rancangan bual bicara yang baru diperkenlkan di Suria FM iaitu Apa Itu Cinta memperoleh sambutan luar biasa apabila ia berjaya mencatatkan jumlah  penonton yang tinggi. 

Pengurus Kanan Pengurusan Penjenamaan dan Digital Suria iaitu Shahida Azad Jamaludin berkata, lebih 500,000 tontonan program itu dicatatkan menerusi Facebook rasmi saluran radio berkenaan.

Tambahnya, sebanyak 2 juta jangakuan penonton dicatatkan untuk lapan episod rancangan itu menerusi saluran radio dan juga siaran langsung Facebook Suria Malaysia. 

“Jumlah tontonan dan jangkauan yang kami terima melalui Facebook dan YouTube Suria Malaysia melepasi sasaran awal yang kami jangkakan. 

“Tentunya ini membuatkan kami akan terus berusaha memberikan dan menghasilkan program-program yang lebih interaktif dan menghiburkan,” katanya.

 

Aliff Aziz dan isterinya Bella antara tetamu dalam Apa Itu Cinta kendalian DJ Lin.

Program Apa Itu Cinta merupakan sebuah program bual bicara yang membincangkan kisah cinta selebriti popular tanah air bersama pasangan masing-masing. 

Program  kelolaan penyampai radio Suria Cinta iaitu DJ Lin ini bersiaran selama satu jam secara langsung di Facebook Suria Malaysia pada setiap hari Rabu pukul10.00 malam. 

Antara pasangan yang pernah menyertainya ialah Akim, Stacy, Sherry Alhadad, Norman Hakim, Memey Suhaiza, Aliff Aziz, Bella, Nora Ariffin, Tajul, Wany Hasrita dan Joy Revfa. 

Dalam pada itu perkongsian kisah kontroversi perkahwinan Hafiz Hamidun bersama Joy Revfa yang ditonton melalui Facebook dan YouTube Suria Malaysia mencatatkan jangkauan penonton yang paling tinggi iaitu hampir 130,000 tontonan sepanjang musim kedua rancangan itu bersiaran. 

Selain Apa Itu Cinta, segmen lain terbitan Suria ialah Sensasi Suria, Suria Jam dan Parodi Zulin yang boleh ditonton dengan melayari www.suria.my. 

 

 

DJ Lin , Suria FM

Artikel Sebelum

Izara Sah Bergelar Isteri Adib Khalid

Artikel Berikut

“Tunggu Lagi Seminggu” – Asfan Shah

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini