suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Faizal Tahir Dicalonkan Lagi Dalam MTV EMA

PETALING JAYA: Penyanyi Faizal Tahir sekali lagi dicalonkan dalam MTV Europe Music Award (EMA) menerusi kategori Artis Asia Tenggara Terbaik (Best Southeast Asia Act Award) 2017.

Warner Music Malaysia dalam satu kenyataannya memaklumkan,  Faizal bakal bersaing dengan Isyana Sarasvati (Indonesia), The Sam Willows (Singapura), Slot Machine (Thailand), Palitchoke Ayanaputra (Thailand), James Redi (Filipina) dan Dam Vinh Hung (Vietnam).

Majlis itu akan diadakan di London pada 13 November depan.

Pengundian kategori ini sudah pun bermula pada 4 Oktober lalu dan akan berakhir pada 11 November.

Ia boleh dibuat secara dalam talian di laman web rasmi MTV EMA.

Faizal, 38, sebelum ini pernah dicalonkan dalam kategori sama sewaktu penganjuran MTV EMA 2015.

Namun, dia tewas kepada penyanyi Vietnam, Son Tùng M-TP.

Acara yang dipersembahkan oleh MTV Networks Europe ini akan menampilkan Rita Ora sebagai pengacara.

MTV EMA dianjurkan setiap tahun untuk memberi penghargaan kepada para pemuzik dan juga para penghibur. 

 

Faizal Tahir, MTV

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain