suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Siaran Radio Faizal Ismail Secara 'Live FB'

Faizal Ismail ketika mengendalikan siaran radio melalui Facebookdi rumahnya.

PENGACARA popular, Faizal Ismail kini mengorak satu lagi langkah dalam bidang penyiaran apabila mengendalikan radio sendiri melalui laman sosial Facebook. 

Program berkonsepkan 'home radio' itu menggunakan aplikasi live Facebook dan hanya dirakam di rumahnya sahaja. 

"Sekarang saya buat live menggunakan akaun Facebook seolah-olah rancangan radio saya sendiri. 

"Ia bukan sekadar live secara suka-suka kerana saya turut menampilkan tetamu jemputan seperti Fara Fauzana dan beberapa tetamu lain," ujarnya kepada mStar Online.

Faizal Ismail

Faizal yang turut dikenali sebagai FBI berkata, kandungan program berkenaan diisi dengan elemen muzikal bagi menjadikan ia seolah-olah radio yang sebenar. 

Ujarnya, dia mengendalikan siaran itu secara santai sahaja. 

"Kadang-kadang saya pakai kain pelikat masa live, dengan anak-anak saya melintas di belakang sewaktu siaran," kata Faizal. 

Siaran radio live melalui Facebook ini sudah bermula sejak tiga minggu lepas dan bersiaran setiap hari pada pukul 9 malam. 

Dia turut berkongsi mengenai beberapa pihak yang sudah berminat untuk menaja siaran tersebut. 

Dalam pada itu, Faizal kini sibuk menjalankan perniagaan 'Daging Itam Manis FBI' bersama isterinya. 

Premis perniagaan makanan sejuk beku milik Faizal juga akan mula beroperasi pada Oktober depan. 

Faizal Ismail

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain