suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pembedahan Telinga Ashraf Muslim?

Ashraf Muslim menjalani pembedahan kecil pada bahagian telinga kirinya pada Isnin. Foto ZAHID IZZANI

PELAKON Ashraf Muslim terpaksa menjalani pembedahan kecil pada bahagian telinga kirinya bagi membuang lebihan cecair pada Isnin lalu.

Ashraf berkata pembedahan terpaksa dilakukan selepas mengalami masalah itu sejak sebulan lalu namun keadaannya tidak serius.

"Hanya pembedahan kecil sahaja bagi mengeluarkan lebihan cecair dalam telinga dan sekiranya ia dibiarkan ia boleh menyebabkan keadaan lebih serius.

"Kebetulan saya tengah lapang sekarang jadi terus pergi hospital untuk buat pembedahan kecil itu," katanya.

Ashraf ditemui pada sidang media teater Tun Fatimah Serikandi Empayar Melaka yang diadakan di Istana Budaya pada Selasa.

Dalam pada itu, Ashraf berkata dia tidak mengetahui punca sebenar dia mengalami penyakit itu namun ia berkemungkinan disebabkan jangkitan kuman.

"Doktor ada beritahu ia berkaitan dengan jangkitan kuman atau pun trauma pada bahagian telinga seperti ada tekanan atau pun posisi tidur yang menutup telinga terlalu lama.

"Hendak kata saya mengalami trauma tidak pula dan berkemungkinan ia berkaitan dengan jangkitan kuman," ujarnya.

Terdahulu, Ashraf tampil ke sidang media itu dengan memakai penutup kepala dan ia menimbulkan tanda tanya tetamu yang hadir ke majlis itu.

Menerusi teater itu, Ashraf bakal menggalas peranan sebagai Tun Ali disamping Remy Ishak dan Maya Karin.

Tun Fatimah Serikandi Empayar Melaka bakal dipentaskan di Panggung Bangsawan Melaka pada 20 dan 21 Oktober depan.

Artikel Sebelum

Afdlin Shauki Dapat Datuk

Artikel Berikut

Artikel Lain