suria

'Adiwiraku' Diumum Filem Terbaik FFM29

Filem 'Adiwiraku' diumumkan sebagai Filem Terbaik FFM29.

KUALA LUMPUR: Filem Adiwiraku arahan Eric Ong diangkat sebagai filem terbaik pada malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke 29 (FFM29) yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, malam Sabtu.

Adiwiraku turut meraih trofi Cerita Asal Terbaik yang dimenangi oleh Jason Chong dan Sangeetha Krishnasamy pula berjaya memenangi Pelakon Wanita Terbaik.

Dalam pada itu, Filem Redha pula merangkul empat anugerah iaitu Pelakon Lelaki Terbaik (Namron), Pelakon Wanita Harapan (June Lojong), Pengarah Harapan Terbaik (Tunku Mona Riza) dan Pelakon Kanak-Kanak Terbaik (Harith Haziq).

Para pemenang menerima trofi bersalut emas sumbangan penganjur iaitu Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas).

Dain Said memenangi Pengarah terbaik untuk filem Interchange.

Sebanyak 24 anugerah disampaikan pada malam kemuncak FFM29 ini.

Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman pula diberi kepada Datuk Yusof Haslam.

FFM29 dihoskan oleh Zizan Razak serta hos bersama Siti Elizad, Elizabeth Tan dan Thanuja yang disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria.

Turut hadir ialah, Menteri Komunikasi & Multimedia, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak, Pengerusi Finas Datuk Mohd Khusairi Abd Talib dan Ketua Pengarah Finas, Datuk Fauzi Ayob.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian oleh Salamiah Hassan, Atilia, Dualiti, Ameerais, Fina Jebat, Mirwana, UNIC, dan Shiha Zikir.

Berbeza untuk penganjuran Festival Filem Malaysia tahun ini apabila lima terbaik diumumkan pada malam kemuncak selain pemansuhan Filem Terbaik Kebangsaan dan Filem Terbaik Malaysia yang diperkenalkan pada tahun lalu.

Pelakon Lelaki Terbaik menjadi milik Nam Ron.

Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) bertindak sebagai rakan promosi dalam penganjuran anugerah ini.

Berikut ini senarai 24 pemenang FFM29

1. Filem Terbaik : Adiwiraku

2. Pengarah Terbaik : Dain Said - Interchange

3. Pelakon Lelaki Terbaik : Nam Ron - Redha

4. Pelakon Wanita Terbaik : Sangeetha Krishnasamy - Adiwiraku

5. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik : Shaheizy Sam - Interchange

6. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik : Diana Danielle - Hanyut

7.  Pelakon Lelaki Harapan : John Tan - You Mean The World To Me

8. Pelakon Wanita Harapan  : June Lojong - Redha

9. Pengarah Harapan : Tunku Mona Riza - Redha

10. Lakon Layar Terbaik : Saw Teong Hin - You Mean The World To Me

11. Cerita Asal Terbaik :  Jason Chong - Adiwiraku

12. Pelakon Kanak Kanak Terbaik : Harith Haziq - Redha

13. Sinematografi Terbaik : Jordan Chiam - Interchange

14. Penyunting Terbaik : Nazim Shah - J Revolusi

15. Filem Box Office : Abang Long Fadhil 2

16. Karyawan Sepanjang Zaman : Datuk Yusof Haslam

17. Anugerah Khas Juri 1 : Desolasi

18. Anugerah Khas Juri 2 : Shuttle Life

19. Anugerah Khas Juri 3 : Pekak

20. Penggiat Belakang Tabir: Johan Ibrahim

21. Penataan Bunyi Terbaik: Daniel - Hanyut

22. Penataan Seni terbaik: Zaharah Nakibullah - Interchange

23. Rekaan Kostum Terbaik: Akma Suryati Awang - Hanyut

24. Skor Muzik Terbaik: Koon Wei Gee - You Mean The World To Me

FFM29

Artikel Sebelum

Kamal Adli Tak Main-Main Lagi

Artikel Berikut

Artikel Lain