suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Tak Mahulah Asyik Pasangan Sama” – Fikry Ibrahim

Fikry mahu mencabar diri dengan bergandingan bersama pelakon wanita yang berbeza. Foto SHAARI CHEMAT.

PELAKON Fikry Ibrahim tidak mahu digandingankan dengan pelakon wanita yang sama biarpun ramai yang menyukai kemesraan dan keserasian mereka. 

Menurut Fikry atau nama sebenarnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 23, dia ingin mencabar diri dengan berlakon bersama pelakon yang berbeza.

"Kalau boleh saya tidak mahulah kerap digandingkan dengan pelakon wanita yang sama saja walaupun peminat suka melihat keserasian kami. 

"Nanti orang cakap saya asik nak tumpang populariti pelakon tersebut pula dan takut ada peminat tak boleh terima saya dengan orang lain.  

"Jadi, saya nak cabar diri dengan bergandingan bersama pelakon yang berbeza," kata Fikry kepada mStar Online. 

Siti Nordiana Kekok Di Sisi Fikry Ibrahim

Peminat suka melihat keserasian di antara Fikry dan Nana menerusi telemovie terbaru lakonan mereka. Foto Instagram: @fikryibrahim. 

Buat pertama kali gandingan Fikry Ibrahim dan penyanyi Siti Nordiana menerusi telefilem Cekelat Semanis Honey yang ditayangkan pada 2 September lalu berjaya menarik perhatian penonton. 

Malah, peminat juga mahu melihat Fikry dan Nana bersama sebagai kekasih dalam drama seterusnya. 

Pelakon Hero Seorang Cinderella ini berkata dia bersyukur penonton memberi kata-kata positif mengenai lakonan pertamanya sebagai watak utama. 

"Alhamdulillah, saya bersyukur pertama kali memegang watak utama dan penonton suka dengan lakonan saya. 

"Saya banyak menerima komen yang positif terhadap drama dan lakonan saya. Insya-Allah saya akan lakukan yang terbaik untuk drama seterusnya," ujarnya. 

Fikry kini sedang sibuk menjalani drama bersiri Kerna Syurga Bukan Percuma untuk siaran Astro Oasis yang akan ditayangkan pada Oktober depan. 

Selain itu juga, Fikry merupakan salah seorang ahli kumpulan King Musang dalam program Super Spontan All Stars yang akan bersiaran bermula pada Jumaat di Astro Warna. 

Fikry Ibrahim, Siti Nordiana

Artikel Sebelum

Aizat Ke Wad Pesakit Mental

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia