suria

Sheena Liam (ASNTM 2) Bertunang Dengan Pelukis Terkenal Lithuania

Sheena dan kekasihnya menjalinkan hubungan cinta sejak tiga tahun lalu.

PETALING JAYA: Pemang Asia's Next Top Model (ASNTM) musim kedua yang mewakili Malaysia, Sheena Liam sudah bertunang dengan pelukis terkenal berasal dari Lithuania, Eropah iaitu Ernest Zacharevi.

Pasangan tersebut menjalinkan hubungan cinta sejak tiga tahun lalu dan berkongsi berita gembira ini menerusi laman sosial masing-masing.

Zacharevic, 31, memuat naik foto lamarannya di Instagram pada Selasa. Dia melamar Liam, 26, dengan meletakkan papan iklan besar yang tertulis "Marry Me Sheena"  di Lithuania ketika mereka berada di sana untuk menghadiri majlis perkahwinan.

"Terlalu bersahaja dan kecil untuk meluahkan apa yang saya rasa, tapi saya fikir @sheenaliam dapat idea yang nak disampaikan," tulis Zaharevic berserta hashtag #shesaidcan.

Ernest why you gotta be so extra? ?

A post shared by Liam | 粘悦馨 (@sheenaliam) on

Malah, Liam juga telah menukar statusnya di Facebook kepada "Sudah Bertunang dengan Ernest Zacharevic". Model yang berasal dari Selangor ini berkata dia terkejut melihat lamaran di papan iklan.

Apabila ditanya mengenai tarikh perkahwinan, Liam yang akan berpindah dari Los Angeles ke New York tidak lama lagi berkata mereka masih dalam perbincangan dengan keluarga kedua-dua belah pihak.

"Sudah semestinya akan ada majlis di Lithuania dan mungkin di Kuala Lumpur juga Penang. Kami masih menunggu apa kata keluarga saya," kata Liam kepada The Star Online.

Zacharevic pernah menerima pujian dari seluruh dunia pada 2012 selepas lukisan mural jalanan untuk George Town Festival di Pulau Penang.

Dua orang kanak-kanak sedang menunggang basikal antara lukisan yang menjadi tarikan. Liam dan Zacharevic kerap dilihat hadir bersama di acara yang diadakan di Kuala Lumpur.

Sheena Liam

Artikel Berikut

Artikel Lain