suria

Gara-Gara Terpeluk Dada Nelydia Senrose

Daler mengakui video yang menjadi tular baru-baru ini membantu dalam menaikkan rating drama lakonannya. Foto Instagram: @daleryusuf.

PELAKON Daler Yusuf mengganggap penularan video dia tidak sengaja memeluk dada Nelydia Senrose  pada Sabtu lalu telah membantu menaikkan rating drama Encik Suami Mat Salleh Celup (ESMSC).

Namun Daler, 25, berkata drama lakonannya sudah menjadi trending sebelum video tersebut menjadi tumpuan di laman sosial.

"Ya, berkemungkinan video tersebut ada membantu juga menaikkan rating drama ESMSC. Tapi sebelum itu lagi, episod kedua pun sudah menjadi trending. 

"Cuma, kalau boleh selepas ini saya tidak mahu drama ini rating tinggi sebab kontroversi yang negatif," kata Daler ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.

Tambah Daler lagi, dia meluahkan rasa syukur lakonannya diterima penonton dan terharu dengan sokongan penonton.

"Saya bersyukur dan terharu dengan sokongan peminat dan penonton. Biarpun drama ini baru sahaja ditayangkan pada Jumaat lalu, tapi ramai yang tak sabar nak menantikan episod seterusnya," ujar Daler.

Daler dan Nelydia pertama kali digandingkan dalam drama. Foto Instagram: @daleryusuf. 

Dalam pada itu, dia ada menghubungi Nelydia dan memohon maaf kepada pelakon wanita tersebut sejurus video itu tersebar.

"Selepas video itu tersebar, saya terus hubungi Nelydia dan minta maaf padanya. Dia faham dengan situasi yang telah berlaku dan tidak salahkan saya kerana benda itu tidak sengaja," jelasnya.

Menerusi laporan mStar Online, Sabtu lalu, Daler mengakui tidak sengaja memegang dada Nelydia dan telah memohon maaf kepada peminat yang tersinggung kerana kejadian itu.

Daler memulakan kerjaya sebagai model di usia 18 tahun dan mula melangkah ke dunia lakonan pada tahun lalu menerusi drama LipLap Raya di HyppTV.

Aktor ini mempunyai darah kacukan Uzbekistan di sebelah ayah manakalah ibunya berasal dari Kelantan.

Dia mula menjejak kaki di Malaysia pada usia 18 tahun dan ketika itu dia menyambung pelajarannya di Westminster International College, Subang.

Daler bermula sebagai seorang model dan mula berlakon pada tahun lalu. 

Berikut info mengenai Daler Yusuf: 

Nama penuh: Daler Yusuf Muhammad

Tempat lahir: Uzbekistan

Tarikh lahir: 31 Disember 1992

Umur: 25 tahun

Tinggi: 180 sentimeter

Perkara yang peminat tidak tahu tentang Daler: Seorang yang kelam kabut

Instagram: @daleryusuf

Nelydia Senrose, Daler Yusuf

Artikel Sebelum

Artikel Lain