suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

1.4 Juta Pengikut Zul Ariffin Lesap! Adakah Kerana Foto Tayang Paha?

Zul Ariffin

BAHARU sahaja isu foto-foto seksi Zul Ariffin di laman sosial hangat diperkatakan, kini Instagram pelakon filem J Revolusi itu dipercayai telah digodam pihak tidak bertanggungjawab.

Instagram yang mempunyai 1.4 juta pengikut itu sudah tidak berfungsi sejak beberapa hari lalu. 

Kali terakhir pelakon itu berkongsi gambarnya sekitar sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu.

Perkara tersebut turut menjadi tanda tanya peminat-peminatnya yang mahu melihat perkembangan terkini aktor berkenaan.

Akaun Instagram peminat Zul Ariffin yang kecewa tidak dapat mengikuti perkembangan aktor itu.

Sementara itu, akaun peminatnya @Zulariffin_lovers meluahkan rasa kecewa terhadap perkara berkenaan.

"Assalamualaikum, haish, takde kerja ke godam akaun orang, tak takut dosa ke?," tulisnya.

"Saya rasa Zul deactive akaun tersebut kerana tidak jumpa lagi di mana-mana akaun berkenaan," tulis Idianazhar.

Manakala, ada juga yang menganggap pelakon yang popular dengan drama Rindu Awak 200 Peratus ini memadam sementara akaun peribadi berkenaan.

Bagaimanapun sehingga kini, mStar Online masih belum berjaya mendapatkan kenyataan pelakon tersebut.

Zul juga tidak mengemas kini laman sosialnya yang lain seperti Twitter dan Facebook.

Zul Ariffin

Artikel Lain