suria

Fathia Latiff Sudah Berpurdah?

Cantik Fathia mengenakan purdah seperti wanita arab. Foto Instagram @fatiyalatiff

MEMANG tidak dinafikan sejak pelakon Fathia Latif mengenakan hijab pada tahun lalu, wajahnya semakin berseri-seri.

Baru-baru ini pula Fathia, 30, memuat naik foto dia memakai purdah di laman Instagramnya dan mendapat perhatian netizen.

Rata-rata netizen suka dengan penampilan Fathia berpurdah warna biru seperti wanita arab malah ruang komen foto tersebut juga dipenuhi dengan pujian daripada peminat-peminatnya. 

Amboi... siap ada peminat yang bergurau mengatakan Fathia ini wanita berpurdah dalam hatinya!

Peminat memuji kecantikan Fathia memakai purdah.

Antara komen yang ditinggalkan seperti berikut:

@sulhi_mface: Cantik berpurdah.

@primadonatul: Alhamdulillah. Cantik teramat. Take Care. 

@castusjatt: Sebiji macam orang arab.

@haiqal_mubin: Suka tengok Fathia pakai purdah.

@fiqgea: Alhamdulillah Saya sudah jumpa wanita purdah biru dalam hati saya.

@farisfuhrer90: Adoi... cair aku tengok gambar ni... sejuk mata memandang.

@mrshark_tehaisfreecincau: Subhanallah. Cantik sangat. I adore you since your first appearance in a drama. I couldn't remember the title but you're so gorgeous and pretty in your way.

Fathia seronok dapat merasai suasana berpuasa di tanah suci Makkah.

Selain pujian, peminat juga mendoakan segala urusan Fathia di sana dipermudahkan.

Sementara itu, ada juga netizen yang meninggalkan komen yang negatif. Tapi biasalah, memang ada saja netizen yang suka mencari kesalahan.

Menerusi Instagram Fathia, dia kini berada di tanah suci Makkah untuk menunaikan umrah buat kali ketiga.

Sebelum ini, pelakon tinggi lampai ini pertama kali menjejak kaki di tanah suci pada Mei 2016 dan kali kedua pada penghujung tahun lalu.

Fathia Latiff

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain