suria

Harith Iskander Tolak Ganti Najip Ali Dalam MLM2017

Harith Iskander mengakui mendapat tawaran daripada Astro sebagai juri MLM2017.

PETALING JAYA: Kekosongan kerusi salah seorang juri tetap Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM2017) terus menjadi tanda tanya apabila pelawak terkenal, Harith Iskander menolak tawaran bagi mengisi kedudukan berkenaan.

Menurut juara pertandingan Funniest Person in the World itu, dia menerima tawaran daripada stesen penyiaran Astro bagi menggantikan kedudukan pelawak terkenal, Najip Ali.

"Sebenarnya memang saya dijemput mengambil tempat Najip Ali.

"Tapi saya tak dapat terima tawaran itu sebab memang jadual saya untuk Jumaat ini dan seterusnya sudah penuh," katanya yang dihubungi menerusi aplikasi Whatsapp kepada mStar Online pada Khamis.

Najip Ali ketika menjadi juri MLM2017. -foto Astro Gempak

Harith yang kini berada di luar negara mengulas mengenai kedudukan Najip yang terpalit kontroversi akibat keceluparannya mempersendakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sebuah rancangan hiburan terbitan saluran televisyen Singapura.

Pada 29 Mac lalu, saluran televisyen Channel 5 terbitan Mediacorp Singapura menyiarkan racangan hiburan OK Chope yang memerlukan pesertanya melengkapkan tajuk berita berkaitan Najib yang dikurangkan satu perkataan iaitu Najib slams__________for threatening Malaysia’s progress.

Perkataan asal yang tertinggal pada berita itu ialah ‘fake news’.

Sehingga kini pengganti Najip sebagai juri tetap MLM2017 disamping Datuk Rosyam Nor dan Luna Maya masih menimbulkan tanda tanya apabila wakil Astro turut mengunci mulut mengenainya.

MLM2017 diterajui Datuk AC Mizal sebagai hos bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam pada setiap Jumaat, pukul 10 malam.

Harith Iskander

Artikel Sebelum

Artikel Lain