suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sharnaaz Selamat Bergelar Suami Noor Nabila Dengan Sekali Lafaz

Sharnaaz Ahmad selamat bergelar suami kepada kakak Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor, 33, dengan sekali lafaz.

PETALING JAYA: Pelakon Sharnaaz Ahmad selamat bergelar suami kepada kakak Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor, 33, dengan sekali lafaz pada malam Jumaat.

Pasangan itu disatukan dalam sebuah majlis sederhana kira-kira pukul 9.15 malam di Hotel Royale Chulan, dekat sini.

Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 32, dinikahkan oleh Imam Masjid Damansara Perdana Syamsul Firdaus Mohd Supri Al-Hafiz.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 daripada pengantin lelaki sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Pada upacara itu, Sharnaaz turut menyerahkan lima dulang hantaran dibalas dengan tujuh dulang daripada pengantin perempuan.

Noor Nabila bersama ibunya.

Noor Nabila kelihatan berseri-seri dalam persalinan rona putih rekaan Datuk Radzwan Radzwil manakala Sharnaaz kacak dengan persalinan Cosry by Putra Aziz.

Pernikahan mereka turut disaksikan seramai 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan terdekat kedua-dua belah pihak.

Majlis resepsi akan berlangsung pada 2 April di lokasi yang sama, manakala bagi pihak lelaki pada 8 April di Straits Quay Convention Centre, Pulau Pinang.

Selain itu, pasangan ini bakal berbulan madu di Itali pada 14 April depan.

Untuk rekod, Noor Nabila pernah mendirikan rumah tangga pada Julai 2013, namun berpisah pada 2014.

Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila, nikah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain