suria

Maya Karin Mahu Fokus Kerjaya Seni Selepas Putus Cinta

Maya Karin.
PETALING JAYA: Pelakon Maya Karin mengakui hubungan percintaanya dengan seorang jejaka dari luar negara sempat bertahan selama enam bulan sahaja.

Maya, 37, berkata, hubungan tersebut berakhir sekitar tahun lalu selepas merasakan hubungan mereka kurang serasi sebagai pasangan kekasih.

"Sepanjang dua tahun kebelakangan ini saya banyak abiskan masa berada di luar negara selain menguruskan perniagaan hartanah di luar negara.

"Saya juga baru putus cinta dengan seorang lelaki yang mana hubungan kami bertahan selama enam bulan sahaja. Sekarang saya single dan mahu memberi fokus kepada kerjaya seni seni semula," ujarnya kepada mStar Online.

Maya Karin bakal muncul dalam filem Munafik 2.

Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke ditemui pada majlis sidang media filem Munafik 2 yang diadakan baru-baru ini.

Namun begitu, Maya berkata, kegagalan tersebut tidak mematahkan harapannya untuk kembali bercinta semula.

Maya pernah berkahwin dengan Steven David Shorthose atau nama Islamnya Muhammad Ali Abdullah pada tahun 2008 namun hanya bertahan selama dua tahun.

Sementara itu, pelakon filem Jwanita ini mengakui menerima tawaran untuk terlibat dalam filem seram Munafik 2 arahan Syamsul Yusof disebabkan barisan pelakon yang hebat.

Katanya, perkara itu menjadi salah satu faktor utama untuk dia menerima sesebuah tawaran filem.

"Saya lihat barisan pelakon yang lain semua hebat dan saya tidak pernah berlakon sebelum ini. Saya perlu tahu dengan siapa saya akan berlakon kerana ia akan memberi kesan kepada lakonan saya.

"Selain itu Datuk Yusof Haslam sudah lama pelawa saya untuk berlakon bersama Skop Production namun selalu tiada rezeki.

"Akhirnya sekarang saya baru berpeluang untuk bekerjasama dengan mereka," ujarnya.
Maya Karin

Artikel Lain