suria

Afgan Bikin Konsert Di Johor 8 April

Afgan bakal mengegarkan Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru pada 8 April depan menerusi konsert SIDES Malaysia Tour 2017.

PETALING JAYA: Penyanyi terkenal Indonesia, Afgan bakal mengegarkan Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru pada 8 April depan menerusi konsert SIDES Malaysia Tour 2017.

Ia adalah lokasi ketiga siri konsert jelajah itu di negara ini selepas Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang diadakan pada 3 September tahun lalu dan Stadium Bandaraya Miri, Sarawak (24 Disember) mendapat sambutan luar biasa.

Kemunculan pertama kali Afgan di Johor itu juga adalah atas permintaan peminat yang menggelarkan diri mereka sebagai Afganisme.

Menurut pihak penganjur iaitu IME Malaysia, konsert itu diadakan sebagai tanda sokongan terhadap kemunculan album solo keempatnya iaitu Sides.

"Jadual Afgan memang padat memandangkan album Sides baru sahaja dilancarkan namun dalam kesibukannya Afgan dapat merialisasikan impian untuk mengadakan konsert di Johor.

"Ia adalah sebuah konsert berskala besar daripada Afgan dan dia bakal menjanjikan sebuah persembahan luar biasa untuk peminat di Selatan," kata wakil penganjur.

Dalam pada itu, Afgan bakal mengundang penyanyi rap SonaOne untuk bergandingan dengannya pada konsert itu yang mana memperlihatkan mereka bakal berduet menerusi lagu
 X dan Rollercoaster.

SonaOne akan muncul sebagai artis undangan.

"SonaOne turut terbabit dalam album Sides apabila mereka berpadu suara menerusi lagu X dan Rollercoaster dan mereka bakal mempersembahkan lagu itu dihadapan peminat nanti," kata penganjur lagi.

Tiket untuk menyaksikan konsert itu dijual pada harga RM485 (VVIP), RM385 (VIP) dan RM285 (CAT1) dan semua kategori tiket adalah tempat duduk bernombor.

Peminat boleh membuat pembelian tiket menerusi www.ticketcharge.com.my atau menghubungi talian hotline +603-9222 8811.

Tiket juga boleh didapati di kedai terpilih iaitu Speedy video, Victoria Music, Rock Corner, Chambers Music, PJ Live Arts, kaunter maklumat di The Mines shopping mall atau 1 Shamelin, Eden Ultimate (Kuantan) dan juga Blonde Brunette (Penang).

Tawaran eksklusif peluang bergambar bersama AFGAN untuk 600 pemenang serta 50 pass sesi ramah mesra akan diberikan kepada pemegang tiket VVIP iaitu RM485.

Peminat yang membeli tiket berharga RM385 (VIP) berpeluang untuk memenangi hadiah poster yang ditandatangani AFGAN namun ia adalah terhad kepada 350 orang sahaja.

Tiket akan mula dijual pada 27 Februari 2017 mulai pukul 11 pagi.

Untuk maklumat terkini bolehlah mengikuti akaun media social IME Asia Facebook, @IME_Asia (Instagram), @IMEProduction(Twitter) atau @IMEProductions untuk WeChat.

Afgan, Sides, SonaOne

Artikel Sebelum

Artikel Lain