Rakan Artis Bukan Sahabat Kaka Azraff - Hiburan | mStar

Rakan Artis Bukan Sahabat Kaka Azraff

Kaka Azraff harap single terbaharunya iaitu 'Terima Kasih' mendapat perhatian ramai. Foto ROHAIZAD MD DARUS

KUALA LUMPUR: Penyanyi Kaka Azraff menyifatkan pendekatannya untuk tidak berkawan rapat dengan golongan selebriti bukan suatu isu kerana itu adalah hak peribadi masing-masing.

Pemilik nama sebenar Nor Atiqa Noor Azraff, 27, ini berkata, dia tidak mempunyai sebab tertentu terhadap pendiriannya itu sebaliknya lebih selesa berkawan dengan golongan biasa.

"Bukan saya langsung tidak berkawan dengan ratas artis tetapi tidak rapat dan bertemu ketika ada persembahan atau acara hiburan sahaja.

Kaka lebih selesa berkawan dengan golongan biasa.
"Jika ada rakan selebriti yang saya betul-betul baik pun Juliana Evans sahaja, itu pun saya sudah kenal dia sebelum bergelar penyanyi lagi.

"Pada saya ia bukan satu masalah pun kerana banyak lagi selebriti yang mengambil pendekatan seperti saya," katanya kepada mStar Online.

Kaka ditemui pada majlis pelancaran single dan muzik video terbaharunya, Terima Kasih di Red Box The Gardens di sini, Rabu.

Tambah anak saudara kepada penyanyi rock Ella ini lagi keputusan itu tiada kena mengena dengan dakwaan kononnya dia diboikot rakan artis seperti diperkatakan sebelum ini.

"Saya ini ringkas orangnya dan lebih selesa dengan kehidupan normal jika tidak mempunyai sebarang aktiviti seni.

"Sebulu ke tidak atau kena boikot langsung tidak timbul kerana setakat ini saya tiada masalah dengan sesiapa," jelasnya.

Bercakap mengenai Terima Kasih, Kaka berkata, lagu yang dicipta sepenuhnya oleh Muhammad Alif Abdullah atau Alif Sleeq sebenarnya ingin dilancarkan pada tahun lalu lagi.

Bagaimanapun kata Kaka, kesibukan dengan undangan nyanyian selain terpilih sebagai finalis Anugerah Juara Lagu 30 (AJL30) membuatkan dia menangguhkan perancangan tampil dengan lagu baharu.

Kaka bakal melancarkan album pertamanya pada awal tahun hadapan.
"Menerusi Terima Kasih ini adalah kolaborasi ketiga saya bersama Alif dan saya cukup selesa bekerja dengannya kerana dia sudah tahu konsep lagu yang saya mahukan.

"Alhamdulillah Alif tampil dengan sesuatu yang segar tetapi masih berlandaskan genre hip hop dan R&B yang memang menjadi pertaruhan saya," ujarnya.

Tambah Kaka, single terbaharunya itu cukup istimewa dan dekat dihatinya kerana ia sebagai luahan penghargaan kepada keluarga, rakan, peminat dan syarikat pengurusannya yang banyak membantu menaikkan kariernya pada tahap sekarang.

"Terima Kasih mungkin ungkapan yang ringkas tetapi menerusi lagu ini Alif berjaya menzahirkan perasaan saya dalam lirik cukup mendalam.

"Ia sebuah lagu yang santai melodinya tetapi dengan lirik cukup mendalam," katanya.

Menyentuh tentang pembikinan muzik videonya, Kaka berkata dia masih lagi menggunakan khidmat pengarah terkenal, Ghaz Abu Bakar dengan menampilkan konsep moden sesuai dengan tema lagu berkenaan.

Kata Kaka, produksi mengambil masa hampir 18 jam menyiapkan muzik video lagu itu dan penggambaran dilakukan di studio Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pada 28 Jun lalu.

Dalam perkembangan lain, Kaka merancang untuk melancarkan album sulungnya pada awal tahun hadapan dan ia bakal memuatkan enam buah lagu.

"Saya tidak terburu-buru untuk melancarkan album berkenaan kerana ingin memastikan hasilnya adalah yang terbaik.

"Sekarang pun saya sudah ada beberapa lagu untuk album itu tetapi ia masih dalam peringkat pemilihan," ujarnya.

Kaka Azraff

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain