suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rozita Che Wan Jawab Gosip Hilang RM164,000 Di Switzerland

Rozita sangkal kehilangan wang sebanyak RM164,000 ketika bercuti di Switzerland penghujung tahun lalu.

KUALA LUMPUR: Pelakon Rozita Che Wan menafikan khabar angin yang cuba disembunyikan iaitu kehilangan wang tunai $40,000 euro (RM164,000) ketika bercuti di Switzerland tahun lalu.

Rozita atau lebih mesra dipanggil Che Ta, 43, berkata, dia tidak pernah kehilangan wang ketika bercuti di mana-mana negara lebih-lebih lagi dengan jumlah yang banyak.

"Saya terkejut apabila ada berita melaporkan saya kehilangan duit sebanyak $40,000 euro ketika bercuti di Switzerland akhir tahun lalu.

"Saya tidak tahu mereka dapat info dari mana dan mungkin juga mereka tersilap orang. Lagi pula cerita itu keluar di ruangan gosip," ujarnya kepada mStar Online.

Rozita ditemui pada sidang media pelantikannya sebagai duta festival fesyen Gegar Fest di Flora Tarrace, di sini, Isnin.

Dia mengulas berita di ruangan pojok sebuah akhbar pada Sabtu lalu kononnya dia kehilangan wang tunai ketika bercuti di luar negara.

Dalam pada itu, Rozita berkata, dia sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga setiap kali bercuti bersama keluarga.

Rozita Che Wan, Che Ta

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia