suria

Azlan (The Typewriter) Kurang Tampil Di TV Untuk Dilihat Eksklusif

Azlan The Typewriter.

PETALING JAYA: Penyanyi Azlan The Typewriter mengambil pendekatan tidak terlalu kerap muncul di televisyen bagi menampakkan diri lebih eksklusif di mata khalayak. 

Azlan berkata, ia juga sebagai salah satu strategi untuk kekal lama di dalam perniagaan industri seni muzik tempatan. 

“Saya suka bila nama saya sekejap tenggelam dan timbul. Dan tidak semua artis berani mengambil risiko seperti ini. 

“Bagi saya ia adalah satu strategi untuk kekal menjadi sebutan ramai. Jika terlalu kerap muncul di televisyen, lama-lama orang bosan. 

“Tambah pula sukar untuk seseorang artis mengekalkan momentum dalam industri,” katanya kepada mStar Online

Azlan berkata demikian selepas ditanya mengenai perkembangan dirinya yang dilihat jarang muncul di khalayak ramai sebelum tampil menerusi program Mentor Milenia yang berlangsung setiap Ahad di TV3. 

Sementara itu, Azlan berkata, memandangkan dia mula muncul di televisyen menerusi program realiti berkenaan, Azlan juga merancang untuk tampil dengan single lagu baharu. 

“InsyaAllah, saya bakal tampil dengan lagu baru. Dah alang-alang muncul di Mentor Milenia, saya keluarkan satu lagu baru khas buat para peminat. 

“Dan seperti biasa, lagu tersebut akan menjadi sebuah karya berbeza daripada apa yang pernah saya hasilkan,” ujarnya. 

Dalam perkembangan lain, Azlan turut bekerjasama bersama stesen televisyen Astro menghasilkan lagu dengan menggunakan nama pena Dark.

Azlan The Typewriter

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain