Letupan Bom Di Jakarta Tidak Gugat Persembahan Afgan - Hiburan | mStar

Letupan Bom Di Jakarta Tidak Gugat Persembahan Afgan

Afgan menjalankan aktiviti seni seperti biasa selepas kejadian bom di Jakarta. FOTO: BRIAN MOH
KUALA LUMPUR: Penyanyi Afgan memberitahu serangan bom di Jakarta, Indonesia pada 14 Januari lalu tidak menjejaskan konsertnya yang berlangsung sehari selepas kejadian tersebut.

Afgan atau nama sebenarnya Afgansyah Reza, 27, berkata, konsert tersebut mendapat sambutan menggalakkan dan berjalan tanpa sebarang perasaan takut.

"Kami di Jakarta menjalani kehidupan seperti biasa dan tiada apa yang berubah atau berasa takut untuk keluar rumah selepas kejadian itu.

"Malah, sehari selepas serangan itu saya ada melakukan konsert berhampiran kawasan serangan itu dan Alhamdulillah ramai yang datang iaitu kira-kira 5,000 orang," ujarnya kepada mStar Online.

Dia ditemui pada sidang media kedua konsert 5 Divo yang diadakan di Restoran Qureshi, di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC), di sini, Selasa.

Afgan mengulas tentang kejadian serangan bom di kawasan Sarinah Mall, Jalan MH Thamrin, Jakarta Pusat, pada 14 Januari lalu.

Kejadian berkenaan telah mengorbankan sekurang-kurangnya enam individu termasuk tiga anggota polis.

Sementara itu, Afgan berkata, kejadian tersebut tidak sedikit pun menghalang pergerakkan hariannya, begitu juga penduduk Indonesia yang lain.

Dari kiri Afgan, Dafi dan Hazama. FOTO Brian Moh

"Saya tidak berasa takut pun, begitu juga rakyat Indonesia yang lain. Kami masih berasa tempat kami aman dan baik-baik sahaja.

"Aktiviti seharian berjalan seperti biasa, semua persembahan artis juga tiada yang dibatalkan kerana kejadian itu," ujarnya.

Turut hadir pada majlis tersebut Pengarah Urusan Laugh Out Laud Entertainment, Dafi Ismail Sabri dan penyanyi Hazama.

Sementara itu, bercerita tentang konsert 5 Divo, Afgan memberitahu bakal membawakan empat buah lagu popularnya.

Dia dijangka akan berduet dengan penyanyi popular Singapura iaitu Taufik Batisah.

Artis popular lain yang turut terlibat dalam konsert 5 Divo termasuklah Judika, Hazama dan Hafiz Suip.

"Insya-Allah saya akan berikan persembahan yang terbaik kerana ini adalah pertama kali konsert berskala besar di studium bersama penyanyi-penyanyi pupular lain.

"Saya bersyukur apabila tiga kali konsert di negara ini mendapat sambutan, malah saya lihat penonton dan peminat saya di sini lebih menghargai nyanyian saya," ujarnya.

Konsert 5 Divo akan berlangsung pada 13 Februari depan di Stadium Malawati, Shah Alam.

Tiket berharga RM128, RM188, RM388, RM588, RM888, RM988 dan RM1188 boleh di dapati di www.ticketpro.com.my
Afgan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain