suria

Rebutlah RM30,000 Menerusi 'Saat Panik' Di Suria FM

PETALING JAYA: Stesen radio Suria FM memperuntukan wang keseluruhannya berjumlah RM30,000 untuk direbut pendengar dalam pertandingan Saat Panik Di Suria.

Pengurus Saluran Suria FM, Adiwati Zainuddin berkata, menerusi peraduan itu pemanggil pertama  dikehendaki memberikan enam jawapan dalam masa enam saat selepas isyarat memanggil dikeudarakan pada segemn-segmen tertentu.

“Contohnya soalan seperti berikan nama enam jenis buah-buahan tempatan dan pendengar harus memberi enam jawapan dalam masa enam saat.

“Jika berjaya pemanggil akan menang wang tunai RM250 dan jika salah atau lebih enam saat, wang akan digandakan pada waktu bonus yang memperuntukan masa tambahan menjawab selama empat saat,” katanya kepada mStar Online.

Pertandiungan yang berlangsung dari 3 Ogos sehingga 11 September depan ini akan menemui penonton menerusi empat segmen iaitu Ceria Pagi bersama Adibah Noor dan Baki Zainal (5 pagi – 10 pagi ), Ceria Suria bersama Brian Chen (10 pagi - 1 tengah hari),  R&R Suria bersama Bob Ringgo (1 tengah hari - 4 petang) dan segmen Ceria Petang bersama Linda Onn (4 petang - 8 malam).

Pendengar Suria FM yang ingin merebut hadiah berkenaan bolehlah menghubungi talian 03-77242115 selepas mendengar isyarat memanggil pada setiap segmen berkenaan.

Dalam pada itu Adiwati berkata, ini merupakan kali kedua Suria FM memperkenalkan pertandingan berkenaan selepas Mac lalu dan ia ternyata mendapat sambutan ramai.

"Saat Panik menguji tahap kepantasan pendengar Suria FM dalam menjawab  soalan yang diberikan. Soalan yang diajukan meliputi soalan pengetahuan am, hiburan dan apa sahaja yang berkaitan dengan gaya hidup kita.

"Peluang yang ada ini, kami ingin menghargai para pendengar setia dan berharap ia akan menerima sambutan yang hangat," katanya.
Suria FM

Artikel Lain