Anis Aneesa Tidak Cedok Strategi Amelina - Hiburan | mStar

Anis Aneesa Tidak Cedok Strategi Amelina

PETALING JAYA: Penyanyi Anis Aneesa tidak mencedok strategi yang dibawa Amelina iaitu membuat kemunculan semula dan tampil dengan elemen dangdut dalam lagu.

Anis atau nama sebenarnya Nuranishazwani Mushidi, 29, berkata kemunculannya dalam industri muzik adalah untuk memerihkan kembali irama dangdut dan bukannya mengikut seperti dilakukan Amelina.

"Bagi saya Amelina sudah mempunyai peminatnya tersendiri dan tujuan saya membuat kemunculan semula ini bukannya untuk bersaing serta meniru strategi yang dilakukannya.

"Cuma kehadiran saya kali ini adalah untuk memeriahkan kembali industri muzik dan ingin mengetengahkan lagu genre dangdut kepada masyarakat dengan cara yang tersendiri," katanya kepada mStar Online mengenai album terbaharunya iaitu Terusik.

Anis Aneesa

Single ini merupakan lagu pertamanya pada tahun ini selepas menyepikan dari selama setahun dalam industri seni.

Anis berkata, dia ingin mengentengahkan unsur dangdut dalam lagu terbaharunya kerana pemintaan terhadap konsep lagu itu semakin mendapat perhatian.

"Kini permintaan terhadap lagu dangdut sudah menjadi trend dalam kalangan masyarakat dan mereka sudah boleh menerima semula lagu seperti ini,” jelasnya.

Anis satu ketika dahulu pernah dikenali menerusi lagu Qasidah Cinta dan yang menggunakan khidmat  komposer Ajai sebagai penerbit album tersebut.

Dalam pada itu Anis berkata dia akan mengadakan promosi menjelajah di beberapa negeri untuk mempromosikan single terbaharunya dan berharap ia dapat diterima oleh masyarakat.
Anis Aneesa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain