Farid Kamil Kurangkan Tawaran Aksi Ngeri Selepas Patah Tulang Rusuk - Hiburan | mStar

Farid Kamil Kurangkan Tawaran Aksi Ngeri Selepas Patah Tulang Rusuk

Farid kini lebih tumpu filem cinta.

PETALING JAYA: Pelakon Farid Kamil memberitahu dia kini mengurangkan  tawaran berlakon melibatkan aksi ngeri yang dilakukannya sendiri selepas beberapa kali mengalami kecederaan sehingga patah tulang rusuk.

Farid berkata, dia akan lebih memilih untuk melakonkan watak-watak aksi tersebut secara sendiri bagi mengelakkan kecederaan berulang.

"Lepas filem Anak Jantan ini saya banyak ambil filem-filem cinta yang tidak ada aksi, memang saya kurangkan untuk berlakon filem aksi kerana beberapa kali sudah tercedera.

"Namun saya tidak letak limitasi pada watak aksi cuma saya hanya akan melakonkan aksi yang tidak begitu berisiko yang boleh mengakibatkan kecederaan," ujarnya kepada mStar Online.

Farid berkata demikian ketika ditemui selepas tayangan filem Anak Jantan di Cathay Cineplaxes, dekat sini, Isnin.

Tambahnya, ketika penggambaran filem tersebut pada tahun 2012, dia mengalami patah tulang rusuk kiri sehingga mengakibatkan sukar untuk bernafas.

"Ketika penggambaran itu saya sudah terlalu penat kerana bermula daripada 8 pagi hingga 4 pagi buat adegan pertarungan menjadikan saya tidak fokus.

"Saya rasa rusuk kiri sakit dan sukar untuk tarik nafas dan ketika itu juga saya ingin melangsungkan pernikahan dengan Diana Danielle (3 November 2012), saya makan pil tahan sakit dan keesokannya lepas majlis pernikahan itu saya tidak boleh bangun.

"Mereka bawa saya ke hospital untuk rawatan dan doktor mengesahkan tulang rusuk kiri saya patah," ujarnya.

Dalam pada itu, Farid akui hampir 90 peratus aksi ngeri dalam filem tersebut dilakukannya sendiri.

Ia disebabkan kerana dia kurang berpuas hati dengan lakonan pelakon lagak ngeri dari Thailand yang dibayar melakonkan aksi berkenaan.

"Saya buat hampir semua aksi lagak ngeri dalam filem Anak Jantan itu sendiri kerana tidak percaya melihat lakonan pelakon stunt dari Thailand.

"Dia hanya buat beberapa aksi berlari-lari yang saya tidak begitu mencabar tetapi memenatkan," ujarnya.

Farid memegang watak sebagai Darin yang ingin keluar daripada kumpulan pengganans yang banyak melakukan kekejaman di kampung mereka, namun terpaksa melalui pelbagai rintangan.

Antara pelakon yang turut terlibat ialah Bront Palarae, Nora Danish, Azhar Rani dan Qi Razali.

Farid Kamil , Anak Jantan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Chef Riz Pinang Shikin Maembong Esok

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain