Awal Ashaari Akan Dedah Wajah Anak Selepas Scha Habis Pantang - Hiburan | mStar

Awal Ashaari Akan Dedah Wajah Anak Selepas Scha Habis Pantang

Awal akan mendedahkan wajah dan nama anaknya selepas isterinya, Scha habis berpantang. Foto Ihsan Instagram Awal Ashaari.
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Awal Ashaari hanya akan mendedahkan wajah dan nama anak perempuan mereka kepada umum selepas isterinya, aktres, Scha Al-Yahya tamat tempoh 44 hari berpantang.

Awal menerusi laman sosial Instagram miliknya memaklumkan perkara itu menerus hastag #abispantangbarubolehkenal selepas berkongsi sekeping gambar anaknya yang tidak didedahkan wajah.

Rata-rata peminat menyatakan rasa tidak sabar untuk melihat pasangan berkenaan memperkenalkan anak mereka.

Salah seorang pengikut Awal yang dikenali sebagai @cik_eyyma berkongsi pendapat dengan mengatakan: "Bayi bawah 40 hari tidak digalakkan untuk gambarnya buat tatapan umum dan ini menurut Al-Quran dan Hadis.

Scha dan Awal melihat anak mereka.

Manakala @aynissa pula memberitahu:"Anak dia, ada la sebab tidak mahu tunjuk. Sabar, nanti dia akan tunjuk juga".

Bagiamanapun ada segelintir peminat yang menganggap Awal tidak sepatutnya merahsiakan identiti anaknya itu dan cukup sekadar tujuh hari dia berbuat demikian.

Sebaliknya ada yang menyarankan agar peminat yang tidak sabar untuk melihat anak pasangan tersebut supaya menziarahi ke rumah pelakon itu untuk bertemu sendiri dengan bayi berkenaan.

Kata @cnahasina1086: "Kalau rasa hendak tengok sangat bayi Awal dan Scha pergi sahaja melawat ke rumah atau pun tunggu sahaja seleas 40 hari baru buka kembali Instagram mereka.

Awal hanya memuat naik gambar anaknya yang hanya memperlihatkan bahagian badan sahaja.


"Daripada mengutuk lebih baik doakan kebaikan untuk mereka. Semoga bayi mereka menjadi anak yang solehah".

Scha selamat bersalin kira-kira pukul 5.50 petang pada 22 Julai lalu di Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur dan bayi perempuan seberat 3.17 kilogram itu dilahirkan secara normal.

Awal yang dihubungi tidak menjawab panggilan telefon untuk bercerita lebih lanjut mengenai bayi berkenaan.

Scha dan Awal berkahwin pada 4 Mei 2012 di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya dan ia turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria.
Awal Ashaari , Scha Al Yahya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain