suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Festival Empire Rock 2014 Gabungan 'Rockers' Terbaik

PETALING JAYA: Penganjuran Festival Empire Rock 2014 diyakini akan mendapat sambutan hebat daripada peminat muzik genre itu biarpun ada yang memandang skeptikal dengan acara tersebut.

Pengerusi Langkah Karya Production, Hazmimi Johar berkata, festival berkenaan bukan sahaja dapat menghimpun kumpulan pemuzik terbaik dari era berkenaan malah mampu membangkitkan semula kegemilangan rock dikalangan peminat terutamanya generasi muda.

"Muzik rock adalah antara yang paling ramai diminati tidak kira generasi lama atau pun baharu dan ini yang membuatkan kami terpanggil untuk mengadakan festival ini.


Hazmimi (dua dari kiri) bersama artis dan penganjur yang terlibat dalam festival itu nanti.
"Pihak kami yakin ia akan mendapat sambutan hebat daripada peminat rock di seluruh Malaysia," katanya. 

Festival Empire Rock Malaysia 2014 anjuran bersama Kelab Penggiat Kumpulan Rock Malaysia bakal diadakan pada 23 Ogos depan di Matic, Jalan Ampang bermula pukul 5 petang sehingga 11.30 malam.

Antara kumpulan rock yang dijangka akan mengadakan persembahan pada acara itu adalah Samudera, Junction, Sofea, Sejati dan Putera.

Samudera yang popular dengan lagu Salam Sejahtera, Silaturahim dan Sudah Takdir Begitu bakal menggegarkan festival tersebut dengan kemunculan penyanyi asal kumpulan tersebut Ujang.

Artis yang terlibat (dari kiri) Yazid Sejati, Hatta Junction, Amir Sofea, AJ Samudera dan Ujang Samudera.
Manakala Junction yang popular dengan lagu Akan Ku Kenang, Sofea dengan lagu Bunga Padang Pasir, Sejati dengan lagu Bila Bunga Dipetik Orang dan Putera dengan lagu Cinta Kain Putih turut akan menghiburkan peminat-peminat.

Tiket untuk menyaksikan persembahan mereka hanya dijual pada harga RM45 dan untuk keterangan lanjut, layari laman Facebook Empire Rock Kapak Malaysia di www.facebook.com/RockKapakMalaysia.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain