Artis Tetap Perlu Jalani Ujibakat Untuk Sertai 'Worldstars, Road To Hollywood' - Hiburan | mStar

Artis Tetap Perlu Jalani Ujibakat Untuk Sertai 'Worldstars, Road To Hollywood'

Timbalan Ketua Pengaraha JKKN, Mesran Mohd Yusof bersama barisan peserta yang pernah memenangi pertandingan 'Worldstars: Road To Hollywood'.

KUALA LUMPUR: Penyanyi atau pelakon terkenal yang ingin menyertai pertandingan bertaraf antarabangsa Worldstar: Road To Hollywood yang bakal berlangsung Julai depan perlu menjalani uji bakat yang dijalankan seperti peserta lain.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Mesran Mohd Yusof berkata, acara tahunan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira latar belakang dan kerjaya mereka.

"Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara tanpa mengira artis atau tidak, apa yang dinilai adalah bakat yang menepati kriteria yang ditetapkan.

"Tidak dinafikan setiap tahun kita menerima banyak penyertaan daripada golongan artis, mereka tidak diberi keistimewaan dan tetap perlu melalui beberapa tapisan oleh pihak juri seperti peserta lain," ujarnya pada sidang media pengumuman ujibakat Worldstar: Road To Hollywood di Auditorium Kompleks JKKN, di sini, Selasa.

Bagaimanapun, jelas Mesran, tidak semua golongan artis yang hadir ke ujibakat tersebut layak ke peringkat akhir Worldstar: Road To Hollywood.

Dalam pada itu, pemilihan untuk kumpulan Malaysia kali ini turut meliputi beberapa kategori iaitu vokal, tarian, muzik, peragaan dan lakonan.

Tambah Mesran, peserta yang dipilih akan mendapat tajaan sepenuhnya ke Hollywood sepanjang pertandingan berlangsung.

"Pertandingan ini bukan semata-mata untuk bertanding sahaja. Matlamat asa adalah untuk mempertingkatkan industri seni persembahan dunia terutama di peringkat negara masing-masing.

"Sebelum bermula pertandingan, semua peserta berpeluang menghadiri seminat yang dinamakan 'Worldstars Bootcamp' yang dikendalikan oleh penggiat seni ternama Hollywood," katanya.

Sementara itu, sesi ujibakat untuk menyertai pertandingan ini akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 12 hingga 13 April di Laman Wau, kompleks Kraf.Penyertaan dibuka kepada semua warga negara Malaysia berumur 15 hingga 29 tahun.

Setiap peserta dikenakan bayaran pendaftaran sebanyak RM90 bagi memastikan hanya mereka yang komited dan berbakat sahaja mneyertai sesi ujibakat ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain