suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak Britney Spears Minat Menari Dan Menyanyi

Britney Spears dan anak-anaknya ketika hadir ke majlis tayangan perdana filem The Smurfs 2.
Britney Spears dan anak-anaknya ketika hadir ke majlis tayangan perdana filem The Smurfs 2.
Britney Spears dan anak-anaknya ketika hadir ke majlis tayangan perdana filem The Smurfs 2.

LOS ANGELES: Anak kepada penyanyi Britney Spears telah mempelajari teknik menyanyi dan menari semasa melihat ibu mereka mengadakan latihan.

Preston, lapan dan Jayden James, tujuh tahun, sering menghabiskan masa di studio bersama penyanyi itu yang kini sedang giat mengadakan latihan persembahannya di Las Vegas yang bakal bermula pada 27 Disember ini selama dua tahun.

"Preston sangat bijak menari dan sering menunjuk-nunjuk kepada kami bahawa dia adalah penari yang bagus. Jayden pula lebih kepada nyanyian," katanya kepada E Online.

Britney berkata, kehadiran anak-anaknya telah menjadi sumber inspirasi terbesarnya untuk melakukan yang terbaik.

"Saya suka apabila mereka berada dekat dengan saya dan ia menaikkan semangat untuk membuat persembahan," jelasnya.

Artikel Lain