suria

Farawahida Utamakan Suami Berbanding Kerjaya

Farahwahida dan Shukur sah menjadi suami isteri pada pukul 10.30 pagi Isnin.
Farahwahida dan Shukur sah menjadi suami isteri pada pukul 10.30 pagi Isnin.
Farahwahida dan Shukur sah menjadi suami isteri pada pukul 10.30 pagi Isnin.

PETALING JAYA: Setelah beberapa jam selamat bergelar isteri, penyanyi Farawahida berjanji untuk memberi lebih tanggungjawab kepada suami berbanding kerjayanya sebagai penyanyi.

Farawahida atau nama sebenarnya Farawahida Razali, 28, berkata, segala perlakuan dan tingkah lakunya selepas ini haruslah bersesuaian dengan imejnya sebagai isteri orang.

"Alhamdulillah, saya rasa sangat bersyukur kerana semua berjalan lancar. Buat masa ini tiada apa yang berubah hanya keutamaan saya akan lebih kepada keluarga berbanding dahulu.

"Bagaimanapun daripada segi penampilan masih sama seperti dahulu iaitu tidak berpakaian seksi dan semuanya mestilah menjaga maruah suami dan status sebagai isteri," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, pada Isnin iaitu kira-kira lima jam selepas bernikah.

Farahwahida selamat diijabkabulkan dengan Abdul Shukur Mohd Zain, 29, yang bekerja sebagai ahli perniagaan berasal daripada Pulau Pinang.

Majlis diadakan di Sentosa Villa Resort, Taiping, Perak, kira-kira pukul 10.30 pagi, Isnin.

Penyanyi tersebut menerima mas kahwin sebanyak RM1,000, bersama dua bentuk cincin berserta tujuh dulang daripada pihak Shukur dan dibalas sembilan buah dulang hantaran.

Sementara itu, ditanya tentang kegiatan seninya, Fara berkata kerjaya nyanyiannya akan diteruskan seperti biasa.

"Dia memahami kerja saya dan tidak pernah menghalang untuk saya terus aktif seperti dahulu, namun bagi saya ia perlu ada batasannya," katanya.

Majlis persandingan kedua-dua mempelai akan berlangsung pada malam ini pukul 8.30 malam pada Isnin di Majlis Perbandaran Taiping, Perak.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain