suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kintang Kintung Bersiaran Pukul 9 Malam

Antara babak dalam sketsa Kintang Kintung
Antara babak dalam sketsa Kintang Kintung
Antara babak dalam sketsa Kintang Kintung

PETALING JAYA: Program bual bicara Kintang Kintung kembali menemui penonton di TV3 dan bersiaran pada pukul 9 malam dengan pelbagai pengisian yang lebih menarik.

Pengurus Besar Kumpulan, TV3 & tv9, waktu siaran baharu yang diawalkan daripada pukul 11 malam ke 9 malam dilihat lebih sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

"Kita mahu program ini ditonton oleh seisi keluarga dan pukul 9 adalah waktu yang sangat tepat.

"Pada musim ini banyak membincangkan tentang topik kemasyarakatan dan etika hidup yang sebelum ini diambil mudah," katanya.

Program ini akan dikendalikan oleh juara Bintang Mencari Bintang iaitu Achey dan sifunya, Harun Salim Bachik.

Program 13 episod ini akan menampilkian dua sketsa komedi dan tetamu undangan akan berkongsi pengalaman mengenai topik yang dibincangkan.

Antara topik yang diketengahkan seperti buli, poligami, pekerja asing, bomoh, kopochi, dan kahwin campur.

Kintang Kintung turut dimeriahkan dengan kehadiran bekas finalis program Bintang Mencari Bintang pada setiap episod mingguan.

Program ini akan bersiaran setiap Ahad bermula 15 Disember pukul 9 malam di TV3.

Artikel Berikut

Artikel Lain