Keadaan Stabil, Rahim Razali Bakal Jalani Pembedahan - Hiburan | mStar

Keadaan Stabil, Rahim Razali Bakal Jalani Pembedahan

Datuk Rahim Razali
Datuk Rahim Razali

PETALING JAYA: Pelakon Datuk Rahim Razali, 71, perlu menjalani pembedahan segera bagi membuang pendarahan dalam otaknya agar penyakit yang dikenali sebagai subdural hemorrhage tidak bertambah serius.

Anak kepada seniman itu, Nadia Rahim, 41, berkata, ketika ini keadaan tekanan darah ayahnya tidak beberapa stabil membuatkan pihak hospital menetapkan tempoh dua atau tiga hari lagi bagi tujuan berkenaan.

“Keadaan tekanan darah ayah tidak beberapa stabil tetapi pada hari ini (Isnin), keadaannya sudah menunjukkan tanda-tanda positif. Doktor tidak boleh membuat pembedahan segera kerana usia ayah yang agak lanjut. Sebab itulah doktor memberi masa pada hari Rabu atau Khamis ini untuk pembedahan,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Rahim dimasukkan ke Pusat Perubatan Sunway di sini pada Ahad selepas mengalami sakit kepala ketika menjalani penggambaran rancangan sukan terbitan Astro Arena di Kuantan, Pahang sehingga terpaksa di bawa pulang ke Kuala Lumpur.

Selepas dihantar ke pusat perubatan itu oleh keluarga, pihak hospital perlu menahan Rahim apabila ujian sinar X mendapati terdapat kesan darah pada otaknya yang perlu dibedah segera.

Dalam pada itu Nadia berkata, pendarahan itu terjadi kerana Rahim tidak cukup rehat apabila terpaksa menjalani penggambaran sehingga di luar Kuala Lumpur.

“Ayah tidak cukup rehat tetapi sejak seminggu lalu dia sudah mengadu sakit kepala. Hendak mendapatkan rawatan pun tidak sempat sehinggalah kejadian bertambah teruk ketika dia berada di Kuantan. Saya berharap semua peminat dapat mendoakan kesejahteraan ayah saya,” katanya.

Rahim kini masih lagi ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pusat perubatan itu..

Artikel Sebelum

Fizo Omar & Mawar Nikah 10 November Depan

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain