suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

P Diddy Kembali Guna Nama 'Puff Daddy'

Diddy memberitahu nama Puff Daddy lebih sesuai dengan personalitinya.
Diddy memberitahu nama Puff Daddy lebih sesuai dengan personalitinya.
Diddy memberitahu nama Puff Daddy lebih sesuai dengan personalitinya.

PENYANYI rap terkenal P Diddy mengesahkan kembali menggunakan nama pentas asalnya sebelum ini iaitu Puff Daddy kerana merasakan ia lebih sesuai dengan personalitinya.

Diddy memberitahu The Mirror, nama tersebut yang digunakan sejak tahun 1990-an itu banyak menaikkan namanya sebagai penyanyi dan usahawan berjaya di Amerika Syarikat.

"Sudah tiba masanya saya kembali kepada nama Puff Daddy kerana ia lebih sesuai dengan saya dan ia sesuai dengan personaliti saya," katanya.

Pemilik nama sebenar Sean Jean Combs, 43, itu turut memberitahu, pelancaran saluran televisyen miliknya iaitu Revolt TV juga menjadi antara penyebab dia kembali menggunakan nama tersebut.

Artikel Lain