suria

Tom Hanks Tidak Minat Tonton Lakonan Sendiri

PELAKON terkenal iaitu Tom Hanks mengakui tidak berminat untuk menonton filem lakonannya walaupun ia mendapat sambutan luar biasa daripada penonton.

Hanks, 57, yang pernah muncul dalam filem seperti Forest Gump, Splash, Catch Me If You Can dan The Green Mile menganggap perbuatan itu sebagai perkara pelik.

"Saya tidak menonton filem lakonan saya. Siapa yang buat begitu? Ia adalah pelik dan tidak patut dilakukan," katanya kepada majalah Short List.

Tambah Hanks, tiada apa yang akan berubah sekiranya dia menonton filem-filem tersebut malah dia tidak akan menyesali dengan setiap lakonannya yang terdahulu.

"Jika saya tonton kembali filem-filem lama saya mungkin saya akan menyesal dengan teknik lakonan atau meragui kembali keputusan mengapa saya bersetuju untuk membikin sesuatu karya itu.

"Tiada apa yang akan berubah dan saya teruskan dengan kehidupan saya," jelasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain