suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Taiyuddin Bakar Berehat Kerana Bimbang ‘Ponteng’ Puasa

Taiyuddin berehat daripada aktiviti lakonan sepanjang bulan puasa.
Taiyuddin berehat daripada aktiviti lakonan sepanjang bulan puasa.
Taiyuddin berehat daripada aktiviti lakonan sepanjang bulan puasa.

PETALING JAYA: Pelakon Taiyuddin Bakar mengambil keputusan untuk berehat daripada sebarang aktiviti lakonan sepanjang bulan Ramadan kerana bimbang akan meninggalkan ibadah puasa.

Taiyuddin atau nama sebenarnya, Sallehuddin Abu Bakar, 30, berkata, atas dasar itu juga dia telah menyelesaikan semua kerja-kerjanya sebelum kedatangan bulan Ramadan supaya tidak menimbulkan masalah kepada pihak lain.

"Sejak dari awal tahun saya sudah merancang jadual dan aktiviti saya supaya apabila tiba bulan Ramadan saya tidak perlu bekerja agar membolehkan saya menumpukan kepada ibadah puasa.

"Jika saya tetap bekerja dan menjalani penggambaran, saya yakin saya akan 'ponteng' puasa kerana keletihan," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Taiyuddin berkata kesempatan ini juga dia gunakan untuk menghadiri majlis-majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim selain menghabiskan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.

Akuinya, sebelum ini dia begitu sibuk dengan pelbagai aktiviti seni sehingga tiada masa untuk bersama mereka.

"Ini adalah masa untuk saya ganti balik masa saya bersama mereka dan dapat melakukan ibadah terawih bersama-sama keluarga dan aktiviti lain," katanya.

Dalam perkembangan lain, Taiyuddin berkata, dia akan kembali aktif dalam bidang lakonan selepas Aidilfitri dan akan terlibat dalam sebuah projek filem bersama pelakon Sofi Jikan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain