suria

Peluang Berganding Dengan 16 Selebriti Dalam Fear Factor Malaysia

Izzue Islam
Izzue Islam
Izzue Islam

PETALING JAYA: Orang ramai kini berpeluang mencuba nasib menyertai pertandingan Fear Factor Malaysia (FFM) dan peserta yang terpilih akan bergandingan dengan 16 selebriti tanah air.

Barisan selebriti yang bakal beraksi dalam Fear Factor Malaysia adalah Yana Shamsudin, Shuib (Sepah), Dira Abu Zahar, Izzue Islam, Erin Malek, Norman Hakim, Thanuja, Zain Saidin, Sari Yanti, Azura Zainal, Bambang Soteto, Nas T, Ungku Ismail, Shah Iskandar, Syed Ali, dan Rizal Jaafar.

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, melihat kepada kejayaan dan sambutan menggalakkan bagi Fear Factor Selebriti Malaysia (FFSM) yang telah pun disiarkan tahun lalu, FFM mampu memikat hati sekali gus mencipta fenomena tersendiri.

"Kami akan membuka saringan pertama sesi uji bakat secara dalam talian yang mana orang ramai boleh menghantarkan video penyertaan ke laman sesawang rasmi untuk penilaian pihak kami.

"Berdasarkan video yang dihantar, kami akan menyenaraikan calon peserta yang layak untuk memasuki peringkat saringan yang seterusnya," katanya menerusi siaran media kepada mStar Online.

Tambah Raqim, penyertaan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia ataupun mereka yang mempunyai status penduduk tetap yang berumur 18 tahun ke atas dan boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan fasih,"

Selain itu, calon peserta juga mestilah berada dalam keadaan kesihatan fizikal dan mental yang baik.

Saringan pertama sesi uji bakat secara dalam talian bermula pada 22 Julai hingga 18 Ogos 2013.

Calon peserta dikehendaki untuk menghantar rakaman video penyertaan yang tidak melebihi tempoh masa dua minit atau melebihi saiz 30MB ke laman sesawang rasmi di www.fearfactor.com.my

Wajah calon peserta dan audio rakaman untuk setiap video penyertaan yang dihantar haruslah jelas. Calon peserta juga digalakkan untuk menyerlahkan personaliti sebenar mereka dengan cara paling menarik.

Pada video tersebut, para peserta perlu menyatakan nama penuh dan umur pada permulaan video penyertaan dan sebab-sebab mahu menyertai FFM.

Kemudian, tiga peserta selebriti kegemaran dan nyatakan mengapa ingin berpasangan dengan mereka.

FFM bakal bersiaran di saluran rasmi Astro Ria (saluran 104) tidak lama lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain