suria

Filem Terbaharu Elijah Wood Diharamkan Tayangan

Elijah Wood.
Elijah Wood.
Elijah Wood.

FILEM Terbaharu lakonan pelakon Elijah Wood iaitu Maniac dilaporkan telah diharamkan untuk tayangan di New Zealand kerana jalan ceritanya yang terlalu ganas untuk tontonan umum.

Bagaimanapun filem genre seram itu dibenarkan untuk ditayangkan pada festival filem atau secara tertutup bagi tujuan akademik di negara itu tetapi tidak dibenarkan untuk dilancarkan di pawagam atau pun dalam bentuk cekera padat digital (DVD).

Maniac yang turut ditayangkan di beberapa buah pawagam di London pada Mac lalu bakal ditayangkan di Festival Filem New Zealand yang akan berlangsung di Auckland dan Wellington pada penghujung bulan ini.

Ia diarahkan oleh Frank Khalfoun dan Elijah memainkan watak pembunuh bersiri bernama Frank.

Artikel Lain