suria

Jessica Simpson Nampak Susut Selepas Bersalin

Jessica Simpson
Jessica Simpson
Jessica Simpson

SETELAH melahirkan anak kedua iaitu Ace Knute Johnson pada 30 Jun lalu, Jessica Simpson telah 'menyembunyikan diri' buat sementara waktu dan kini wanita itu muncul di khalayak.

Menurut laporan portal Too Fab, penyanyi berusia 33 tahun itu muncul di Beverly Hills pada Rabu lalu bagi menjalani pemeriksaan doktor.

Seperti yang dilihat, Jessica telah mengalami penurunan berat badan yang ketara. Tubuh badannya yang sebelum ini berisi sepanjang kehamilannya kini sudah kelihatan ramping.

Gaya Jessica yang tampak kasual dengan gaun pendek longgar dipadankan dengan kaca mata hitam dan tas tangan oren membuatkan wanita itu tampak sederhana dan menarik.

Kekasih kepada Eric Johnson ini mengumumkan tentang kehamilan kedua itu selepas anak pertama mereka, Maxwell berusia tujuh bulan.

Kehamilan itu membuatkan Jessica dan Eric terpaksa menunda perancangan perkahwinan mereka.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain