Suami Mualaf Mungkin Lebih Baik - Neelofa - Hiburan | mStar

Suami Mualaf Mungkin Lebih Baik - Neelofa

Neelofa menunjukkan kek hari lahir ke-24 pada majlis kejutan di Sunway Giza di sini, malam Khamis lalu. - Foto oleh SHAARI CHE MAT
Neelofa menunjukkan kek hari lahir ke-24 pada majlis kejutan di Sunway Giza di sini, malam Khamis lalu. - Foto oleh SHAARI CHE MAT

PETALING JAYA: Pelakon dan model Neelofa percaya jika dia ditakdirkan berkahwin dengan lelaki mualaf, individu itu mungkin menjadi Muslim yang lebih baik berbanding orang lain.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 24, berkata, istilah ‘lelaki soleh’ pada bakal suami seperti diharapkan ibunya adalah sesuatu yang subjektif.

“Lelaki soleh adalah subjektif pada saya. Kalau lelaki yang bukan Islam pun apabila sudah memeluk Islam dia mungkin menjadi Muslim yang lebih baik,” katanya kepada mStar Online.

Pengacara rancangan Nona dan MeleTop ini ditemui pada majlis kejutan sambutan hari lahirnya ke-24 di Sunway Giza di sini, malam Khamis lalu yang disambut lebih awal kerana beliau mempunyai urusan di Singapura.

Hari jadi sebenar Neelofa ialah pada Ahad ini (10 Februari 2013)

Neelofa diminta mengulas kenyataan ibunya Noor Kartini Noor Mohammed yang berharap agar dia bertemu jodoh dengan lelaki yang baik dan beriman.

Noor Kartini Noor mengatakan anaknya itu sesuai untuk berumah tangga dalam tempoh tiga tahun lagi dan pihaknya menerima sahaja siapa bakal suami termasuk jika dari kalangan bukan Islam yang sanggup menukar agamanya kepada Islam.

Bagaimanapun Neelofa yang pernah berlakon dalam filem Azura 2012 enggan memikirkan soal jodoh pada waktu ini tetapi memberikan keutamaan kepada kerjaya yang sedang berkembang.

“Saya mahu berjaya pada usia muda sebab itu saya perlu bekerja keras untuk menikmati kehidupan dan kewangan yang lebih baik pada masa depan.

“Kalau berkahwin nanti saya tidak mahu bergantung kepada duit bakal suami. Saya mahu beli apa sahaja dengan duit sendiri hasil kerja keras saya,” kongsinya.

Sementara itu, penerbit dan pelakon Hans Isaac, 42, yang dihubungi berkata, dia sanggup menunggu wanita itu sehingga tiga tahun untuk disunting jika mendapat restu keluarga.

“Saya perlu ada keserasian terlebih dahulu dengan Neelofa dan perlu mengenalinya lebih mendalam sebelum membuat keputusan untuk berkahwin dengannya.

“Bagaimanapun, hubungan kami akrab dan kami saling berkongsi susah dan senang bersama. Dia antara rakan baik yang tahu segala rahsia saya,” jelasnya yang bakal muncul dengan filem Lawak Ke Der 2 pada 7 Mac depan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain