suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Demi Lovato Jadi Lebih Baik Selepas Keluar Pusat Pemulihan

Demi Lovato
Demi Lovato
Demi Lovato

LOS ANGELES: Penyanyi Demi Lovato akan menjadi wanita yang lebih baik dalam hubungan akan datang gara-gara melalui pengalaman berada dalam pusat pemulihan sebelum ini.

Wanita berusia 20 tahun itu berkata, dia mendaftarkan diri dalam pusat pemulihan disebabkan masalah emosi ketika mengadakan siri jelajah di Amerika Selatan pada 2010.

“Akhirnya saya mampu untuk mencintai dan mempercayai (orang lain) semula.

“Saya menjadi wanita yang lebih baik untuk kekasih berbanding sikap lama yang suka ‘melekat’ dan mudah cemburu,” katanya seperti dipetik femalefirst.co.uk.

Katanya, sikap mengabadikan diri pada kekasih dan mengabaikan keluarga serta rakan-rakan adalah perbuatan yang tidak sihat.

“Saya pernah bersikap begitu. Saya selalu mencari hiburan kerana begitu takut bersendirian,” katanya.

Artikel Lain