suria

Stephen Rahman Mahu Kembangkan Pengaruh Ke Rantau Asia

Stephen Rahman Hughes.
Stephen Rahman Hughes.
Stephen Rahman Hughes.

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Stephen Rahman Hughes ingin merakamkan sebuah album Inggeris untuk para peminatnya di Asia pada masa hadapan.

Stephen berkata, hasrat itu timbul apabila mendapati dia mempunyai ramai pengikut daripada negara seperti Singapura, Indonesia dan Filipina selepas drama muzikal lakonannya The Kitchen Musical popular di negara berkenaan.

"Saya terkejut semasa lawatan saya ke Indonesia dan Filipina baru-baru ini ramai yang mengenali saya dan menjerit nama saya.

"Jadi saya fikir ini adalah peluang terbaik untuk mengembangkan kerjaya di Asia dengan menghasilkan sebuah album berbahasa Inggeris," ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Stephen berkata, untuk album tersebut dia ingin merakamkan beberapa buah lagu lama yang popular dikalangan penduduk Asia termasuk lagu baru.

Bagaimanapun katanya, ia masih dalam peringkat perancangan dan perbincangan dengan syarikat rakamannya di Malaysia iaitu Sony Music.

"Sebelum ini ramai yang bertanyakan bila saya ingin merakamkan album Melayu dan setelah impian itu terlaksana ramai pula mahu saya menghasilkan album berbahasa Inggeris.

"Dengan populariti yang ada menerusi The Kitchen Musical saya rasa ingin adalah peluang terbaik untuk berbuat demikian.

"Bagaimanapun masih banyak perkara perlu diberi pertimbangan dan setakat ini ia sekadar idea dan masih terlalu awal untuk memperkatakan tentangnya," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Stephen berkata dia ingin menumpukan terlebih dahulu terhadap album pertamanya yang baru berada dipasaran.

"Saya akan kembali ke Malaysia untuk mengadakan persembahan khas buat peminat di sini," ujarnya.

Stephen baru sahaja melancarkan sebuah album berbahasa Malaysia berjudul Stephen Rahman Hughes yang menampilkan lapan buah lagu ciptaan komposer terkenal tempatan seperti Azlan Abu Hassan dan Audi Mok.

Antara lagu lain di dalam album tersebut adalah Sejuta Rasa, Di Ribaan Cinta, Hati Berbisik, Bertemu Di Syurga, Bawalah Aku, Cinta Masih Ada, Expresi dan Ku Lepas itu telah pun berada di pasaran sejak 16 Disember tahun lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain