suria

Andika (Kangen Band) Tampil Imej Bintang Korea Selepas Bebas Penjara

Imej terbaru vokalis kumpulan Kangen Band, Andika yang kelihatan seperti bintang Korea. - Foto KAPANLAGI.COM
Imej terbaru vokalis kumpulan Kangen Band, Andika yang kelihatan seperti bintang Korea. - Foto KAPANLAGI.COM
Imej terbaru vokalis kumpulan Kangen Band, Andika yang kelihatan seperti bintang Korea. - Foto KAPANLAGI.COM

JAKARTA: Selepas hampir setahun dipenjarakan kerana kes dadah yang menimpanya, akhirnya vokalis kumpulan Kangen Band iaitu Andika bebas menghirup udara segar di luar.

Andika atau nama sebenarnya Maesa Andika Setiawan mengakui berasa canggung dan bimbang kerana sudah lama tidak muncul di depan khalayak.

“Saya berasa gembira kerana dapat kembali bekerja bersama teman-teman dan peminat. Tapi saya akui memang gementar dan canggung.

“Saya berasa bertuah kerana masih dinantikan oleh peminat selepas kesukaran (dipenjara) yang dilalui. Sudah lama tidak berdepan peminat,” katanya yang ditemui bersama kumpulannya selepas tampil pada program Dahsyat, di sini, baru-baru ini.

Menariknya, ada beberapa perubahan pada wajah lelaki ini.

Selain wajahnya kelihatan lebih bersih dan tubuh badan yang semakin berisi, Andika juga tampil dengan imej baru yang lebih bergaya berbanding sebelum dia dipenjarakan dulu.

Pada program itu, Andika muncul dengan imej yang ranggi seperti bintang Korea dan kelihatan lebih menyerlah daripada anggota kumpulan yang lain. - KAPANLAGI

Artikel Lain