suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

George Clooney Tawar Diri Jaga Anak Brad Pitt

George Clooney
George Clooney
George Clooney

AKTOR George Clooney telah menawarkan diri mahu menjaga keenam-enam anak pasangan Brad Pitt dan Angelina Jolie untuk satu malam sekiranya Brad berjaya membawa pulang trofi Anugerah Oscar bagi kategori Pelakon Terbaik.

Menurut laporan National Enquirer, bintang filem The Descendants yang pernah membuat kenyataan enggan memiliki anak sanggup bertaruh atas penganugerahan tersebut sebagai tanda sokongannya terhadap Brad yang dicalonkan menerusi lakonannya dalam filem Moneyball.

George berkata dia akan memberi peluang kepada Brad dan Angelina untuk berjalan berdua-duaan tanpa diganggu oleh anak-anak mereka.

Bagaimanapun, jika George menang pertaruhan tersebut, Brad dikehendaki untuk bekerja sepanjang hari sebagai kelasi kapal layar miliknya di tasik Como, Itali.

Dua pelakon berkenaan turut bersaing bersama Gary Oldman, Jean Dujardin dan Demian Bichir bagi kategori tersebut.

Anugerah Academy ke-84 (Oscar) akan berlangsung pada 26 Februari depan.

Artikel Berikut

Artikel Lain