suria

Jamal Adakan Konsert 'Akustikasih Live' Di Singapura

Jamal Abdillah.
Jamal Abdillah.
Jamal Abdillah.

SINGAPURA: Penyanyi Malaysia bersuara emas, Jamal Abdillah akan mengadakan konsert amal 'Akustikasih Jamal Abdillah' di Stadium Tertutup Singapura malam Sabtu.

Konsert anjuran Jamiyah Singapura adalah bagi mengumpul dana untuk membiayai program kebajikan dan pendidikan badan itu. Pengarah projek konsert itu, Mohamad Hosni Abdul Malik memberitahu Bernama hari ini bahawa penyanyi itu akan membawa lagu-lagu balada dan pop pada konsert pertamanya di sini.

Katanya menerusi konsert itu, pihaknya berharap untuk mengumpul dana bagi membiayai empat rumah kebajikan dan lapan pusat pendidikan yang dikendalikan oleh Jamiyah Singapura bagi golongan kurang bernasib baik.

Katanya beliau bangga dengan sambutan terhadap konsert itu dengan banyak penderma dan penaja dari pelbagai bangsa dan agama tampil untuk menjayakan program amal tersebut.

Mohamad Hosni berkata pihaknya telah menjemput dua artist tempatan Nana Karia dan Fashiha Kamsani untuk berduet bersama Jamal pada konsert tersebut. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain