Deejay Hot FM Teruja Temu Bual Najib

Suasana ceria sewaktu Fara, Faizal dan Kieran menemubual Najib di studio Hot FM di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Jumaat. - Foto RAJA FAISAL HISHAN
Suasana ceria sewaktu Fara, Faizal dan Kieran menemubual Najib di studio Hot FM di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Jumaat. - Foto RAJA FAISAL HISHAN
Suasana ceria sewaktu Fara, Faizal dan Kieran menemubual Najib di studio Hot FM di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Jumaat. - Foto RAJA FAISAL HISHAN

PETALING JAYA: Tiga deejay radio Hot FM iaitu Fara Fauzana, Faizal Ismail dan Kieran berkongsi perasaan teruja apabila berpeluang menemu bual Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara langsung di studio radio itu di Sri Pentas, Bandar Utama, di sini, pagi Jumaat.

Najib hadir memenuhi slot AM Krew selama sejam yang dikendalikan tiga deejay berkenaan bermula pukul 7.30 pagi.

Pelbagai soalan telah dijawab oleh Najib termasuklah keistimewaan angka 11 dalam dirinya yang mempunyai kaitan dengan tarikh lahir bapa dan anak sulungnya, pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Pahang yang ke-11 serta beberapa perkara lain.

Ketiga-tiga penyampai itu turut memutarkan lagu kegemaran Najib iaitu Kancing Suasa nyanyian R. Azmi dan Nobody nyanyian Wonder Girls.

Hasrat untuk menemu bual Najib itu tercetus apabila Fara Fauzana meluahkan keinginannya secara spontan menerusi laman Twitter milik Najib pada 27 April lalu dengan berbunyi: “DS Najib Razak, can you come to Hot FM please…”

Berdasarkan kepada kiriman pesanan itu, pihak Hot FM menerima maklum balas positif apabila Najib bersetuju untuk menjayakan rancangan berkenaan.

Menurut Farra, walaupun pada mulanya dia agak gementar, tetapi dia amat berpuas hati dapat bersemuka dengan Perdana Menteri.

“Sebelum ini, saya pernah menemu bual bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi kira-kira dua tahun lalu menerusi telefon ketika bersiaran untuk Hot FM.

“Sepanjang bekerja sebagai deejay, saya rasa peluang menemu bual Datuk Seri Najib merupakan pengalaman paling bermakna kerana dapat bertentang mata dan saya lihat beliau merupakan seorang Perdana Menteri yang mesra pendengar, kelakar dan tenang.

“Bagaimanapun, masa sejam yang diperuntukkan tidak mencukupi kerana banyak lagi soalan yang diberikan oleh pendengar tidak sempat ditanya kepada beliau. Saya juga cukup bangga dengan beliau yang tiba di studio seawal pukul 7.15 pagi sebelum ke udara,” katanya

Fara berkata, sikap menepati masa yang dipamerkan oleh Najib itu sepatutnya dicontohi oleh kebanyakan artis Malaysia yang biasanya tiba lewat daripada masa yang sepatutnya apabila ditemu bual di Hot FM pada waktu pagi.

Sementara itu, Faizal akui pengalaman bermain dam aji dengan Najib menjadi kenangan paling manis yang akan diingatinya lebih-lebih lagi berjaya memenangi permainan tersebut.

“Saya memang suka main dam aji tetapi saya rasa jika diberikan masa yang lama mungkin beliau boleh memenangi permainan itu.

“Apabila melihat kesudian beliau untuk bermain sukan rakyat ini, saya menganggap beliau merupakan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat,” kata Faizal yang masih bercuti sejak dua minggu lalu.

Dalam pada itu, Kieran yang seakan tidak percaya telah berjaya menemu bual Najib meluahkan perasaan terharunya.

“Siapa sangka, dulu saya, Fara dan Faizal hanya merupakan budak jalanan yang menampal banting tetapi sekarang kami dapat duduk bersama-sama menemu bual pemimpin negara.

“Saya juga rasa bertuah kerana ikutkan saya tidak mungkin mendapat peluang ini kerana mengendalikan slot pada waktu petang tetapi semuanya berubah apabila saya perlu menggantikan AG yang sedang bercuti,” ujar Kieran.

Program tersebut turut disiarkan secara langsung menerusi saluran 8TV dan TV9.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain