suria

2.3 Juta Tonton Perkahwinan Putera William Di ntv7

PETALING JAYA: Stesen televisyen ntv7 mencatat sejarah apabila sejumlah 2.3 juta penonton menyaksikan siaran secara langsung perkahwinan hebat kerabat Diraja Britian, Putera William dengan Kate Middleton (gambar) pada 29 April lalu.

Pengurus Besar Kumpulan ntv7 dan 8TV, Airin Zainul berkata, kajian yang dikeluarkan oleh AC Nielsen itu memperlihatkan bahawa stesen berkenaan berjaya mencari pengaruh dengan menyiarkan acara berprestij itu terus menerus dari London.

ntv7 juga merupakan satu-satunya stesen TV dalam negara yang telah menghantar wartawannya untuk membuat liputan menerusi perkahwinan tersebut selain menampilkan ulasan eksklusif oleh penyampai berita BBC terkemuka, Huw Edwards.

Selain mengulas tentang perkahwinan itu, Edwards juga telah menemu ramah teman rapat pengantin DiRaja dan keluarga mereka.

Liputan perkahwinan itu juga boleh ditonton secara dalam talian selama seminggu menerusi www.tonton.com.my. Setakat ini, jumlah tontonan video sudah mencapai 25,000.

Artikel Berikut

Artikel Lain