suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Filem Pemburuan Osama Dihasilkan

Kathryn Bigelow
Kathryn Bigelow
Kathryn Bigelow

LOS ANGELES : Selepas pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden mati dibunuh, pembikin filem Amerika Syarikat berhasrat menghasilkan sebuah filem aksi mengenai usaha memburu lelaki itu.

Pengarah filem Kathryn Bigelow dan penulis skrin Mark Boal dikatakan sedang melakukan projek berkenaan tatkala pemimpin pengganas itu dilaporkan meninggal dunia.

Filem yang belum diberi judul itu dalam masih bagaimanapun tidak diketahui jalan ceritanya secara jelas kerana pihak yang berkenaan tidak dibenarkan untuk menceritakan mengenai projek tersebut.

Pasukan tentera Amerika Syarikat telah memburu Osama sejak serangan 11 September yang berlaku hampir 10 tahun yang lalu sehinggalah dia dilaporkan telah mati dibunuh Isnin lalu di sebuah kompleks di Pakistan.

Bigelow yang pernah menghasilkan “The Hurt Locker", memenangi filem terbaik di Academy Awards tahun lalu dan meraih Anugerah Oscar terbaik adalah wanita pertama yang menerima kehormatan itu.

Filem berkenaan memenangi enam Anuegrah Oscar, termasuk hadiah lakon layar terbaik. - AP

Artikel Berikut

Artikel Lain