suria

Bella Thorne tunjuk hebat dalam Shake It Up

NAMA aktres muda ini mungkin masih asing di kalangan masyarakat kita, namun para peminat saluran Disney Channel pastinya pernah melihat kelibat Bella Thorne dalam siri Wizards of Waverly Place sebelum ini.

Terbaru, gadis yang mula berlakon seawal usia enam tahun ini muncul dalam siri terbaru Shake It Up (SIU) yang mencetuskan fenomena di Amerika Syarikat hujung tahun lalu.

Kepada OopStarz!, Thorne sempat berbual di hujung talian mengenai siri terbarunya, populariti sejak kecil dan tekanan bergelar selebriti muda di Hollywood. Pandangan anda tentang watak CeCe Jones dalam SIU.

Semua pelakon sangat rapat antara satu sama lain seperti sebuah keluarga. Pengalaman membintangi drama bersiri itu dan jelas sekali menyeronokkan.

Sejak dari dulu saya teringin untuk menari dan peluang menyertai SIU menjadi penggerak untuk saya mengikuti kelas tarian secara profesional. Saya berbangga dengan pencapaian dan peluang ini. Ia seperti mimpi saya menjadi kenyataan pada setiap hari.

Bergelar selebriti seawal usia enam tahun, apakah tekanan paling berat pernah anda dihadapi?

Sebenarnya tiada. Mungkin cuma sedikit masalah seperti tekanan rakan sebaya ketika di sekolah. Bagaimanapun, apa yang saya lalui setakat ini sangat membahagiakan. Pernahkah anda berasa putus asa atau terfikir untuk berundur daripada dunia glamor yang dipilih?

Memang pernah dan banyak kali sebenarnya. Cabaran yang saya hadapi dalam bidang lakonan memberikan tekanan tetapi mujurlah keluarga sentiasa berada di sisi. Sekurang-kurangnya ia begitu membantu saya melalui tekanan tersebut dan sehingga hari ini saya masih bertahan dalam bidang ini.

Apakah senjata dan kekuatan anda untuk terus bertahan dalam persaingan sengit di kalangan bintang-bintang remaja hari ini? Saya selalu sematkan dalam diri untuk percaya pada kebolehan diri sendiri. Anda tidak akan dapat meyakinkan orang lain dengan kelebihan yang dimiliki melainkan anda meyakinkan diri sendiri terlebih dahulu. Perkara itu sentiasa menjadi motivasi saya.

Projek akan datang

Buat masa ini, saya hanya muncul dengan siri SIU. Saya berharap peminat di Malaysia tidak melepaskan peluang untuk menonton drama bersiri yang menghiburkan ini.

Peminat-peminat bintang remaja ini boleh mengikuti aksi lincah Thorne dalam SIU bermula 12 Mac ini pukul 5 petang di saluran Disney Channel (Saluran Astro 615), manakala slot biasa akan ke udara pada setiap Sabtu dan Ahad pukul 12 tengah hari.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain