suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahmad Dhani Buat Majlis Kesyukuran Anak Mulan

JAKARTA: Penyanyi Ahmad Dhani (gambar) mengadakan majlis kesyukuran sempena kelahiran anak Mulan Jameela, Jumaat lalu.

Kira-kira 150 peminat dari Laskar Cinta dan Restu Bumi menghadiri majlis kesyukuran tersebut.

Menurut Detikhot, salah seorang peminat yang enggan dikenali mengaku menghadiri majlis sempena kelahiran anak Mulan.

Namun begitu, berlainan pula pengakuan dari peminat dari Restu Bumi bernama Azwar yang memberitahu majlis kesyukuran itu diadakan bersempena meraikan kemenangan kes Dhani dengan wartawan Global TV.

Ketika Detikhot cuba mendapatkan maklumat daripada jiran tetangga Dhani, salah seorang sumber mengaku tidak mengetahui tentang majlis tersebut dan ketua Republik Cinta Management itu tidak pernah mengundang jiran jika mengadakan majlis di rumahnya.

Selain peminat, majlis tersebut turut dihadiri oleh rakan kerja Dhani iaitu penyanyi Alexa Keys, pengurus Dhani dan pengurus Mulan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain